Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pemergian Akil Syauqi, kanak-kanak yang termakan makanan ringan bercampur racun sangat terkesan buat ibunya.
Bagaimanapun, Nurain sempat membisikkan kepada anak sulungnya itu, sebelum anaknya menghembuskan nafas terakhir.
“Ibu reda kalau abang nak pergi,” katanya.
Nurain berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya ketika lawatan pada jam 7 pagi tadi.
Katanya, dia berpeluang mengusap pipi dan tangan anaknya serta berbual dengan kanak-kanak malang itu.
“Saya bercerita mengenai waktu kecilnya dan pegang tangan serta bisikkan di telinga bahawa saya reda jika dia mahu ‘pergi’ dulu.
“Saya lihat keadaannya makin tidak memuaskan sebelum membaca surah Yasin dan tidak lama kemudian dia menghembus nafas kira-kira jam 8.30 pagi tadi,” katanya.
Anak bongsunya Muhammad Luth Syauqi, 2, masih kritikal dan dirawat di HPP. Dalam masa sama, Nuarain mengharapkan keajaiban buat anaknya.
“Keadaan adik (Muhammad Luth Syauqi) dilihat baik dan doktor masih berusaha merawatnya.
“Sedih lihat keadaannya, sama-sama berdoa dan semoga ada keajaiban dari Allah SWT,” katanya.
Sumber: Harian Metro