Berat mata memandang, berat lagi tanggungjawab yang dipikul. Begitu luahan rasa seorang individu yang boleh disifatkan sebagai generasi sandwich yang terbeban dengan menanggung ahli keluarga.
Menerusi satu luahan, wanita ini yang merupakan anak sulung berkata, segala kos perbelanjaan di rumah ibu bapanya termasuk adik beradiknya ditanggung olehnya.
Tiada apa balasan yang diminta melainkan hanya satu bilik kosong untuk dia berehat. Namun kesabarannya diuji apabila adik perempuannya mahu menggunakan biliknya sebagai bilik pengantin dan terus tinggal lama di bilik tersebut.
“Barang-barang aku semua diorang keluarkan letak bilik yang adik perempuan share. Masa tu semua adik beradik backup adik yang nak kahwin. Siap cakap aku ni jarang balik, tak balik pun tak apa. Adik-adik yang aku jaga untuk hidup elok boleh cakap macam tu,” katanya.
Dia membuat keputusan mengambil semua wang yang disimpan di akaun ibunya yang akan digunakan untuk majlis perkahwinan adiknya. Dan dia turut mengambil semula gelang tangan, rantai emas dan beberapa hantaran perkahwinan adiknya.
Baginya, dia berasa puas dengan tindakan yang dibuat dan sebagai pengajaran kepada adik-adiknya. Susulan kejadian, pengadu lebih bersikap tegas dengan kedua ibu bapanya serta adik beradik yang lain.
Menerusi ruangan komen pula, ramai yang mengalami pengalaman hampir sama dengan pengadu lebih-lebih lagi anak yang bergelar sulung dalam keluarga.