Polis digesa siasat ajaran menyimpang dalam program motivasi wanita | The Reporter

Polis digesa siasat ajaran menyimpang dalam program motivasi wanita

Peserta wanita berbaring dalam sesi motivasi spiritual dalam suasana tertutup berlatar belakangkan hutan tropika.
Sesi motivasi wanita di Bali yang dikaitkan dengan ajaran menyimpang dan ritual luar kebiasaan. | Kredit gambar: Masyitah Ashari

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang individu bernama Masyitah Ashari tampil mendedahkan sebuah program motivasi wanita yang didakwanya telah menyimpang jauh daripada tujuan asal dan bercanggahan dengan ajaran agama Islam. Dalam siri pendedahan di media sosial, Masyitah mendedahkan pelbagai aktiviti yang melibatkan unsur ritual, spiritual bukan Islam, jampi, teknik seksual eksotik dan penjualan produk yang tidak senonoh.

Menurut Masyitah, program ini memperkenalkan peserta kepada “13 Jampi Hati Suami,” kononnya untuk mengubah sikap pasangan agar lebih romantik. Namun, jampi ini tidak sekadar ucapan doa atau motivasi biasa, tetapi dihubungkan dengan unsur spiritual asing seperti chakra dan penyatuan tenaga yang biasa dikaitkan dengan ajaran luar agama Islam.

Baca juga:

Cleopatra dijadikan simbol dan tokoh rujukan wanita

Program ini juga didakwa mengangkat Cleopatra sebagai ikon wanita hebat, di mana peserta kumpulan khas dinamakan sebagai “CleoX”.

“Kenapa Cleopatra yang berakhlak buruk dan jalang dijadikan contoh?” katanya.

Masyitah merujuk kepada sejarah tokoh itu yang dikaitkan dengan sihir, astrologi dan hubungan luar nikah dengan dua pemimpin Rom. Tambahnya lagi, ritual yang dijalankan di dalam kumpulan tertutup itu termasuk penggunaan buku dewa-dewi Hindu seperti Ganesha.

Meditasi, dharma dan unsur New Age Movement

Pendedahan turut menunjukkan program ini meminjam banyak konsep daripada ajaran spiritual Timur seperti yoga, meditasi dan dharma. Dalam satu sesi, peserta diajak “berubah daripada drama kepada dharma”, frasa yang menurut Masyitah berasal daripada ajaran Hindu dan Buddha.

Beberapa gambar menunjukkan peserta duduk bertapa dalam bulatan bunga berwarna-warni. Malah, seorang jurulatih asing dilihat memimpin sesi spiritual di Bali.

Antara gambar peserta yang dikongsikan oleh Masyitah Ashari di Facebooknya | Kredit gambar: FB Masyitah Ashari
Jurulatih asing yang terlibat dalam program aktiviti tersebut | Kredit gambar: FB Masyitah Ashari

“Taktik licik menyebar ajaran sesat… Mereka sampaikan ajaran new age dan tantrik kepada muslimat Malaysia melalui program.”

Baca juga:

Tawar khidmat urutan intim dan sentuhan luar batas

Lelaki warga Indonesia yang turut terlibat dalam ajaran songsang ini | Kredit gambar: FB Masyitah Ashari

Antara pendedahan paling mengejutkan ialah penglibatan seorang lelaki dari Indonesia bernama Febry, yang didakwa melakukan urutan di bahagian sulit wanita semasa program di Bali. Urutan itu dinamakan “yoni massage,” dikaitkan dengan teknik tantrik Hindu.

Menurut Masyitah lagi, program ini turut menjual alat seks seperti d#ld# sebagai alat “terapi diri.” Ia dipromosikan di bawah alasan “sayang diri sendiri” dan “menjadi diri yang berhak bahagia.”

Peserta beri amaran, ugut lapor polis

Seorang wanita dikenali sebagai ‘AM’ yang juga peserta program menghubungi Masyitah secara peribadi selepas pendedahan itu tular. Dalam mesej itu, AM mengakui wujudnya perbualan lucah dalam kumpulan, tetapi mempersoal tindakan menceroboh privasi dan khianat.

Bagaimanapun, Masyitah menegaskan pendedahan ini dibuat atas dasar kasih sayang terhadap wanita lain agar tidak terus terperangkap.

Terlampau taksub hingga runtuh rumah tangga

Masyitah turut membangkitkan dakwaan wujudnya perlakuan melampaui batas antara peserta wanita sendiri dalam program tersebut. Antaranya termasuk insiden bercium mulut di atas pentas semasa acara motivasi, yang menurutnya berlaku secara terbuka di hadapan peserta lain.

Selain itu, beliau mendedahkan terdapat beberapa kes rumah tangga yang musnah selepas salah seorang pasangan terlibat secara aktif dalam program berkenaan. Katanya, ada wanita yang terlalu taksub hingga menolak nasihat keluarga dan memilih untuk berpisah dengan suami demi kekal dalam ‘circle’ yang dianggapnya sebagai komuniti eksklusif.

Pengakuan ahli keluarga mangsa | Kredit gambar: Masyitah Ashari

Lebih membimbangkan, ada kes di mana suami turut dibawa menyertai aktiviti kumpulan itu selepas dikatakan “disihir” menggunakan bahan pelik yang dibawa dari luar negara.

“Ada kes yang berjaya bawa suami sekali ke dalam circle ni disebabkan disihir dengan ramuan cendawan ajaib dari Bali… si suami menjadi pak turut isteri memanjang.”

Menurut Masyitah, unsur manipulasi emosi dan spiritual ini bukan sahaja memberi kesan kepada individu, malah menjejaskan institusi keluarga secara keseluruhan.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada mana-mana individu atau pihak. Namun, desakan terhadap pihak berkuasa agama dan undang-undang sivil semakin kuat, terutama selepas penularan dakwaan urutan fizikal, ritual seksual dan penjualan produk lucah atas nama motivasi.

Sumber: Masyitah Ashari

Related Posts