Ahmad Maslan terima PHD pada usia 59 tahun | The Reporter

Ahmad Maslan terima PHD pada usia 59 tahun

Ahmad Maslan terima PHD dari UUM
Gambar: Facebook Ahmad Maslan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, menzahirkan rasa syukur selepas berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada usia 59 tahun.

Ahmad Maslan menerima ijazah berkenaan pada hari ini, selepas empat tahun menempuh perjalanan akademik yang disifatkannya penuh cabaran dan pengalaman berharga.

“Semoga anak, menantu, cucu, keluarga serta masyarakat menjadikan ikhtiar dan azam saya sebagai contoh bahawa pendidikan adalah proses sepanjang hayat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada isterinya, ahli keluarga, penyelia serta rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang tempoh pengajian.

“Terima kasih kepada isteri, keluarga, penyelia dan rakan-rakan yang membantu sepanjang empat tahun saya mengambil PhD di UUM Kuala Lumpur. Proses yang dilalui ini akan kekal dalam ingatan,” ujarnya.

Baca juga:

Ahmad turut menzahirkan rasa syukur atas kejayaan tersebut dan berhasrat untuk terus menabur bakti kepada rakyat serta negara.

“Moga saya dapat memberi khidmat lebih baik kepada rakyat dan negara. Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segalanya,” katanya.

Related Posts