Aeril Zafrel dedah wajah staf curi stok, ada individu tegur tak baik aibkan staf di media sosial - The Reporter

Aeril Zafrel dedah wajah staf curi stok, ada individu tegur tak baik aibkan staf di media sosial

Sumber gambar: Instagram Aeril Zafrel

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sabtu lalu, pelakon Aeril Zafrel mendedahkan wajah seorang kakitangannya yang didakwa melakukan pecah amanah dan mencuri stok, melalui hantaran di Instagram.

“Ada ke yang kenal mamat ini? Kes staff pecah amanah dan bawa lari stok. Sebab dari semalam call dan WhatsApp, tidak dibalas,” katanya.

Rakaman video dari kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan perbuatan individu tersebut turut dikongsi pada hantaran itu.

Stok dicuri bernilai ratusan ribu ringgit

Isterinya, Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Wawa Zainal, memaklumkan barangan yang dicuri itu bernilai ratusan ribu ringgit.

Menurut Wawa, barangan tersebut telah dibayar dan sepatutnya diserahkan kepada pembeli.

“Tak sangka staf bawa lari stok bernilai ratusan ribu. DIa ingat satu kotak ratus-ratus ringgit. Satu kotak itu belas-belas ribu ringgit.

“Tak pasal-pasal ejen kena bayar balik duit pelanggan,” katanya menerusi hantaran di Instastory.

Tak elok sebar aib pekerja

Namun, tindakan pasangan selebriti ini mendapat reaksi berbeza dari netizen. Beberapa individu merasa tidak selesa dengan tindakan mereka yang memaparkan wajah pekerja tersebut. Mereka berpendapat bahawa tindakan tersebut bukanlah cara yang betul dan boleh memberi kesan kepada keluarga pekerja tersebut.

“Yes dia buat salah. But do you think this is the right way? Buka aib dia? And you’re influencer, your action can give impact to their whole family’s member yang tak bersalah. I hope you can take down this post and just take the right action. No hurt feeling ya, just my 2 cent,” – Farahsya Mimi.

“Tak elok paparkan wajah dia, sebaiknya report la. Tak perlu buka aib dia” – Lily Surianie.

“Dia ambil atau curi mesti ada sebabnya. Sekarang you lagi berdosa sebar muka staff yang dah lama berkhidmat dengan you. Part of your kekayaan dari titik peluh staff you juga. Fikir dulu before your action” – Jamilah Adom.

Makin ramai yang akan jadi pencuri

Sebaliknya, ada juga netizen yang marah dengan individu-individu yang cuba mempertahankan pekerja tersebut. Mereka berpendapat bahawa mencuri adalah salah dan tidak seharusnya dihalalkan.

“Comment backup pencuri pun masalah juga. Curi dua kotak kau kata tak rugi pun sebab dia (Aeril) kaya. Aduhai, kalau macam inilah mentaliti orang kita, memang ramailah yang bakal menjadi pencuri. Mencuri tetap salah, jangan nak menghalalkan benda yang salah,” – Nad.

“Yang backup pencuri ni sumpah kena masuk Hospital Tanjung Rambutan. Dah orang mencuri dikatanya aib pulak. Kira baguslah Aeril dan Wawa ni tutup muka family staff itu tau. Agak-agaklah nak backup penjenayah. Gila betul!” – Pird.

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!

Total
0
Shares
Total
0
Share