'Adik saya pun OKU' - Influencer tersentuh hati, hadiahkan telefon baru untuk juruwang OKU - The Reporter

‘Adik saya pun OKU’ – Influencer tersentuh hati, hadiahkan telefon baru untuk juruwang OKU

Influencer bantu juruwang OKU

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki berusia 29 tahun telah ditahan polis selepas video rakaman CCTV menunjukkan dia mencuri telefon bimbit milik juruwang kedai yang juga seorang individu kurang upaya (OKU), tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd Sofian Redzuan berkata, suspek ditahan pada jam 6.15 petang di sebuah rumah di Kuala Terengganu oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Marang dan Kuala Terengganu.

“Siasatan mendapati suspek kembali ke kedai tersebut 15 minit selepas membeli rokok untuk bertanya mengenai tambah nilai prabayar. Apabila dimaklumkan tiada perkhidmatan itu, dia bertindak mencuri telefon bimbit di atas kaunter sebelum melarikan diri menaiki motosikal,” katanya.

Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes kecurian dan dadah sejak 2017 kini direman sehingga 29 Januari 2025 bagi melengkapkan siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, seorang pempengaruh, Muhammad Izzuddin Ramli, 33, tersentuh hati selepas melihat video tular itu dan mengambil inisiatif menghadiahkan telefon bimbit baharu kepada juruwang tersebut.

@peweronline

Replying to @khai_izzi terima kasih untuk info, mangsa seorg OKU, apa yg ada dalam poket kita bukan hak kita, apa yg kita bagi itu hak kita

♬ original sound – Pewer Store – Wer Wer – Pewer Store – Wer Wer

“Bila tengok video kejadian, saya terus teringat adik yang juga OKU. Itu yang buat saya nekad untuk bantu,” katanya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Muhammad Izzuddin dilihat masuk ke kedai runcit dengan menyerahkan telefon bimbit baharu kepada lelaki OKU itu sebagai kejutan.

Reaksi tulusnya mendapat perhatian warganet yang memuji sikap prihatin beliau.

“Saya faham perasaannya kerana adik saya juga OKU. Telefon bimbit mungkin satu-satunya hiburan untuknya, jadi peluang berkongsi rezeki ini sangat bermakna,” katanya yang juga berharap perkongsian itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk membantu mereka yang memerlukan.

Sumber: Harian Metro, Pewer Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!