'Adakah kempen boikot hanya berkesan dalam golongan B40?' - Netizen persoal selebriti, pempengaruh makin giat promosi jenama diboikot | The Reporter

‘Adakah kempen boikot hanya berkesan dalam golongan B40?’ – Netizen persoal selebriti, pempengaruh makin giat promosi jenama diboikot

Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sehingga kini, masyarakat dunia masih tidak mampu melupakan kekejaman zionis terhadap rakyat di Gaza. Susulan itu, kempen boikot beberapa jenama yang menyumbang kepada pihak zionis masih diteruskan sehingga kini.

Tidak dinafikan masyarakat luar negara dilihat bersungguh-sungguh menjalankan kempen boikot secara besar-besaran. Di Malaysia rata-ratanya masih kekal memboikot.

Namun, apa yang menjadi persoalan netizen adalah apabila dilihat selebriti tempatan kini seolah sudah melupakan kempen boikot kerana dilihat semakin giat mempromosikan jenama-jenama terkenal dan mewah yang diboikot, tidak seperti selebriti luar negara yang masih kekal dengan pendirian mereka.

Seperti tular di media sosial baru-baru ini, pelakon Vampire Diaries, Michael Malarkey dirakam bertindak menolak untuk minum minuman Starbucks semasa dalam satu temu bual diatas sebuah pentas.

Tindakan beliau disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh dari penonton.

Menerusi beberapa komen dan luahan di media sosial, ada yang mempersoalkan adakah kempen boikot ini hanya terkesan kepada golongan B40?

Kata mereka, golongan selebriti ini yang sepatutnya menjadi gerakan utama kempen berkenaan dan membawa pengaruh mereka untuk menyedarkan rakyat Malaysia.

Related Posts