Alasan ‘ubat’ cuma helah, AADK sahkan ketum boleh sebabkan masalah mental | The Reporter

Alasan ‘ubat’ cuma helah, AADK sahkan ketum boleh sebabkan masalah mental

Plastik kecil berisi air ketum berwarna coklat kekuningan disusun rapat, menyerupai bancuhan pekat yang popular tetapi berisiko terhadap kesihatan mental.
Ketum dibungkus dalam plastik kecil ini sering dijadikan alasan ‘ubat’, sedangkan AADK sahkan ia boleh sebabkan masalah mental. | Kredit gambar: Kosmo! Online

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ramai pengguna ketum cuba meyakinkan diri bahawa ia sekadar penawar alternatif untuk kesihatan. Namun, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menegaskan, tanggapan itu hanyalah alasan untuk menutup hakikat bahawa daun tersebut mampu membawa ketagihan dan merosakkan otak.

AADK menjelaskan, kandungan mitragynine dalam ketum bertindak sebagai psikoaktif yang boleh merosakkan fungsi otak. Jika diambil dalam jumlah yang besar secara berterusan, ia menyebabkan seseorang hilang fokus kognitif, berhalusinasi dan akhirnya terjebak dengan masalah mental.

Trend anak muda semakin membimbangkan

Ketua Penolong Pengarah (Aduan, Risikan dan Operasi) AADK, Hamizan Haidzir, berkata golongan muda kini cenderung mengambil ketum dalam bancuhan yang pekat. Malah, ada yang mencampurkannya dengan bahan lain termasuk ubat batuk untuk mendapatkan kesan khayal yang lebih kuat.

Baca juga:

“Kesan bancuhan ketum pekat hampir sama dengan dadah opiat seperti heroin,” katanya. Beliau menambah, walaupun ada yang mendakwa ia untuk tujuan rawatan, hakikatnya lebih ramai menggunakannya untuk rasa seronok dan lalai.

Undang-undang kekal tegas terhadap ketum

Hamizan menegaskan, sehingga kini undang-undang tidak pernah mengiktiraf ketum sebagai ubat selamat. Dengan pindaan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang berkuat kuasa sejak Ogos lalu, mereka yang dikesan menggunakan ketum tetap boleh dikenakan tindakan undang-undang.

AADK turut mengingatkan individu yang terjebak supaya segera mendapatkan rawatan kerana tempoh pemulihan bergantung kepada tahap ketagihan. Jika masih di peringkat awal, rawatan mungkin lebih singkat berbanding mereka yang sudah lama bergantung.

Related Posts