'Adakah membiarkan anjing hidup bermaksud kami memilikinya?' - Keluarga Haira | The Reporter

‘Adakah membiarkan anjing hidup bermaksud kami memilikinya?’ – Keluarga Haira

Keluarga Haira nafi pemilikan anjing yang menyerang mangsa
Gambar Haira, mangsa serangan anjing di Batu Pahat

Keluarga kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan dan gigitan anjing di Batu Pahat, Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa anjing terbabit merupakan haiwan peliharaan atau milik keluarga mereka.

Penafian itu dibuat menerusi satu hantaran di Threads yang dipercayai dimuat naik oleh bapa saudara kepada Haira, susulan dakwaan yang tular mengenai status pemilikan anjing terbabit.

Menurutnya, anjing berkenaan merupakan zuriat anjing pemburu yang dilahirkan di kawasan semak kebun sebelum dibiarkan hidup seperti haiwan lain di kawasan tersebut.

“Adakah membiarkan anjing tersebut hidup bermaksud kami memilikinya?” katanya dalam hantaran berkenaan.

Dia turut mempersoalkan naratif yang menurutnya cuba menyalahkan keluarga mangsa susulan kejadian tersebut.

Kenyataan itu dipercayai dibuat susulan dakwaan yang tular di media sosial berhubung status pemilikan anjing terbabit.

Baca juga:

Dalam pada itu, dia berkata keluarga menghormati perjuangan pihak yang membela kebajikan haiwan, namun meminta semua pihak memberi ruang kepada keluarga ketika Haira masih bertarung nyawa di ICU.

“Kami menghormati perjuangan membela nasib haiwan. Namun untuk saat dan ketika ini saya memohon sangat-sangat hormatilah adik Haira yang sedang bertarung nyawa di ICU dan jaga perasaan Abi dan Umi Adik Haira,” katanya.

Beliau turut merayu supaya spekulasi dan tuduhan yang tidak berasas dihentikan kerana keluarga Haira sedang berdepan ujian besar.

“Hentikan spekulasi dan tuduhan tak berasas. Ujian mereka dah cukup besar. Saya merayu sangat,” katanya.

Related Posts