'Dr Ainul, anak Kelantan, perginya ketika sedang berkhidmat demi kemanusiaan' – MB Kelantan | The Reporter

‘Dr Ainul, anak Kelantan, perginya ketika sedang berkhidmat demi kemanusiaan’ – MB Kelantan

Menteri Besar Kelantan menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Dr Ainul Baraah Kamaruddin
Menteri Besar Kelantan menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Dr Ainul Baraah Kamaruddin ketika bertugas menerusi FDS di Sarawak

Menteri Besar Kelantan menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Dr Ainul Baraah Kamaruddin, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang meninggal dunia ketika menjalankan tugas menerusi perkhidmatan Flying Doctor Service (FDS) di pedalaman Sarawak.

Dalam kenyataannya, beliau menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai satu kehilangan yang amat menyayat hati, khususnya buat keluarga dan masyarakat Kelantan.

Menurut beliau, Allahyarhamah pergi ketika sedang melaksanakan amanah sebagai petugas kesihatan dengan membawa rawatan serta harapan kepada masyarakat yang memerlukan perkhidmatan perubatan di kawasan pedalaman Sarawak.

Baca juga:

Beliau berkata, pengorbanan Allahyarhamah yang sanggup berkhidmat jauh dari tempat kelahiran mencerminkan dedikasi serta keikhlasan dalam memberikan khidmat kepada masyarakat.

“Kelantan kehilangan seorang anak yang telah mengabdikan ilmu dan khidmatnya jauh di pedalaman demi kemanusiaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah serta semua pihak yang terkesan dengan kejadian berkenaan.

Beliau mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, menerima segala khidmat bakti yang dicurahkan sebagai amal soleh serta menempatkannya bersama golongan para solihin.

Related Posts