Ibu Zahirah MacWilson dakwa hubungan dengan anak semakin renggang | The Reporter

Ibu Zahirah MacWilson dakwa hubungan dengan anak semakin renggang

Ibu Zahirah Mac Wilson Maslinda Yusoff luah hubungan keluarga semakin renggang
Gambar: Instagram Maslinda Yusoff

Ibu kepada pelakon wanita terkenal Zahirah MacWilson mendakwa hubungan beliau dan anaknya semakin renggang sejak Ogos 2024.

Dalam perkongsian di media sosial, Maslinda mendakwa beliau dan suami sudah beberapa kali berusaha untuk memulihkan hubungan dengan anaknya, termasuk turun ke Kuala Lumpur secara peribadi serta mendapatkan bantuan seorang ustaz sebagai orang tengah. Namun, semua usaha tersebut didakwa tidak diterima.

“Sebenarnya, hubungan saya dengan anak saya dah tak rapat sejak August 2024 lagi. Dah berkali saya dan suami turun ke KL cuba memulihkan dan memperbaiki keadaan, in private dan melalui ustaz sebagai orang tengah tapi tidak di terima,” katanya.

Hantaran yang dimuat naik di Thread

Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa menerima mesej WhatsApp daripada anaknya yang disifatkan sangat menyedihkan dan melukakan hati, sehingga menyebabkan kesabarannya hilang.

“Dah lama saya berdiam diri dan bersabar tapi bila dia whatsapp saya semalam dan berkata sesuatu yang sangat menyedihkan dan menyakitkan hati saya, kesabaran saya terus hilang, Allahuakbar!”

Maslinda juga mendakwa semakin dibiarkan, keadaan menjadi semakin tegang sehingga beliau mengambil keputusan untuk berkongsi luahan di media sosial.

“Semakin saya biarkan semakin melampau dan biadap! Sebab tu saya tidak berfikiran panjang satu terus update di social media. Saya tahu anak saya lebih takut kepada social media dari kemurkaan Allah,” katanya lagi.

Baca juga:

Dalam masa sama, beliau turut menitipkan doa agar segala urusan dipermudahkan, termasuk memohon agar doa mereka dimakbulkan ketika berada di Tanah Suci.

“Semoga doa-doa kami di depan Ka’bah, dan di Arafah di makbulkan. Ya Allah aku tidak berdaya lagi, aku serahkan segala urusanku kepada mu,” ujarnya.

Sebelum ini, menerusi hantaran di platform Threads, Maslinda turut mempersoalkan keadaan hubungan datuk dan nenek yang didakwa perlu melalui syarat tertentu untuk bertemu cucu.

“Allahuakbar! Apa rasa grandparents ya, kalau nak jumpa cucu-cucu pun bersyarat!” katanya.

Setakat ini, belum ada kenyataan balas daripada pihak Zahira Mac Wilson berhubung dakwaan tersebut.

Related Posts