Aktor popular Fattah Amin mencuri perhatian ramai apabila berkongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata baharunya bersama isteri, penyanyi Amira Othman, dalam satu hantaran penuh emosi dan syukur yang tular di media sosial hari ini.
Dalam hantaran ringkas namun bermakna itu, Fattah memaklumkan bahawa bayi lelaki mereka telah selamat dilahirkan pada jam 6.20 petang semalam dan dinamakan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah.
Beliau turut meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi.
“Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan baby kami jam 6.20 petang semalam.
“Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy & Daddy,” tulisnya.

Baca juga:
- Fattah Amin dan Amira Othman timang cahaya mata lelaki
- Marissa Dania, Aslam disahkan bukan lagi suami isteri
- Pak Azad nafi spekulasi digantung tugas, anggap hanya salah faham
Terdahulu, Amira Othman mengesahkan dirinya sedang hamil 30 minggu sekali gus berkongsi perkembangan peribadi serta perjalanan awal kehamilannya yang sebelum ini tidak didedahkan kepada umum.
Untuk rekod, pasangan ini sebelum ini mencuri perhatian peminat apabila memilih tarikh 14 September untuk mendirikan rumah tangga dalam satu majlis penuh makna.









