Kekeliruan nama sama di PIK, Pagi Sore Kemang Hijau perjelas situasi | The Reporter

Kekeliruan nama sama di PIK, Pagi Sore Kemang Hijau perjelas situasi

Papan tanda restoran Pagi Sore Kemang Hijau di Jakarta
Pagi Sore Kemang Hijau

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pihak pengurusan Pagi Sore Kemang (Hijau) melahirkan rasa kesal berhubung insiden salah faham yang melibatkan pelancong dari Malaysia dengan jenama Pagi Sore di kawasan Pantai Indah Kapuk (PIK).

Menurut kenyataan pengurusan, Pagi Sore Kemang (Hijau) menjelaskan bahawa perniagaan mereka beroperasi secara berasingan dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan cawangan atau operasi lain yang menggunakan nama sama di lokasi berbeza.

Walaupun begitu, pihaknya menegaskan komitmen untuk terus mengekalkan standard kualiti, perkhidmatan serta keselesaan pelanggan sebagai keutamaan utama dalam setiap operasi harian.

Dalam masa sama, Pagi Sore Kemang (Hijau) turut menghargai setiap maklum balas yang diterima, termasuk daripada pelanggan antarabangsa, sebagai usaha berterusan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan pengalaman pelanggan.

“Kami menghargai setiap maklum balas daripada pelanggan, termasuk daripada pelancong asing, sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk terus berkembang dan meningkatkan mutu perkhidmatan,” katanya.

Pihak pengurusan turut menegaskan bahawa mereka akan terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik serta memastikan setiap pelanggan menikmati pengalaman menjamu selera yang selesa dan memuaskan.

“Kami menghargai kepercayaan yang diberikan dan akan terus menambah baik perkhidmatan kami,” menurut kenyataan itu.

Baca juga:

Terdahulu, pelancong wanita dari Malaysia mendakwa pihak pengurusan restoran Pagi Sore di kawasan Pantai Indah Kapuk (PIK) telah menularkan tuduhan kononnya dia dan rakan-rakan tidak membuat pembayaran selepas menikmati makanan di premis tersebut.

Bagaimanapun,dia kemudian mengemukakan bukti resit serta transaksi pembayaran yang menunjukkan semua bayaran telah dibuat dengan lengkap, sekali gus menepis dakwaan berkenaan.

Susulan insiden itu, isu berkenaan menjadi tular di media sosial sehingga mencetuskan reaksi dalam kalangan netizen yang menyeru agar tindakan boikot terhadap restoran terbabit dilakukan.

Related Posts