Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Siapa dekat sini selalu hadapi masalah macam di bawah ni?
“Ish, ingatkan dekat basement je line slow, kenapa dekat dalam mall pun slow lagi ni…”
Bila tengah syok scroll media sosial atau nak bayar menggunakan aplikasi eWallet, tiba-tiba loading atau tengah seronok main video game sementara tunggu isteri shopping, tiba-tiba buffering. Padahal dekat tempat luas dan terbuka ni. Stres jadinya!
Hakikatnya, pusat beli belah ni biasanya ada banyak ‘blind spot’, yang membuatkan line korang jadi slow atau hilang terus.
Ini disebabkan oleh beberapa faktor contohnya seperti halangan fizikal, kesesakan trafik data dan lokasi yang dalam seperti bawah tanah.
Tapi, tahu tak, walaupun ada halangan seperti ini, sebenarnya korang masih lagi boleh dapat kelajuan internet tanpa had tau!
Mampu Capai Kelajuan Next-Level Di Dalam Pusat Beli Belah
Baru-baru ini kami ada buat speed test challenge di beberapa lokasi dalam pusat membeli belah menggunakan U Mobile ULTRA Prepaid dan ini dapatan kami.
Parkir Ruang Bawah Tanah (Basement)

Parkir ruang bawah tanah ni memang antara lokasi yang sangat susah untuk dapat line internet dan kalau ada pun memang akan jadi slow sangat.
Tapi, daripada dapatan kami ni, korang boleh tengok sendiri kelajuan internet boleh dicapai sehingga 968 Mbps tau.
Tandas

Satu lagi tempat yang agak sukar untuk dapat rangkaian atau line akan jadi slow adalah di dalam tandas atas faktor lokasi yang terlalu jauh ke dalam dan banyak halangan fizikal.
Menerusi dapatan kami menggunakan U Mobile ULTRA Prepaid, kelajuan internet boleh dicapai sehingga 1239 Mbps.
Dalam Kawasan Pusat Beli Belah

Seperti yang kami katakan tadi, dalam pusat membeli belah ni ada banyak blind spot yang akan menjejas rangkaian dan kelajuan internet.
Tapi, U Mobile ULTRA Prepaid masih steady beri kelajuan internet pada 1254 Mbps.
Luar Kawasan Pusat Beli Belah

Akhir sekali, kami ke luar kawasan pusat beli belah dan seperti yang kami jangka, U Mobile ULTRA Prepaid memberikan kelajuan internet yang cukup padu pada 1112 Mbps.
Kelajuan 1112 Mbps tu bukan biasa-biasa tau, boleh lawan kelajuan WiFi rumah kebanyakan orang. Tapi, korang mesti terfikir, kalau laju macam ni, data mesti cepat habis betul tak?
Jangan risau, U Mobile bukan saja tawar internet berkelajuan pantas tanpa had, malah mereka siap tawar kuota data yang luar biasa tau!
Kuota Besar Sehingga 500GB Dengan Harga Lebih Berpatutan
Kita sebagai manusia yang ‘chronically online’ ni mestilah memerlukan kuota data dan rangkaian yang laju betul tak?
Dalam siri ULTRA Prepaid ini, korang boleh menikmati kuota data kelajuan tanpa had sehingga 500GB dengan harga serendah RM28 saja tau.
Selain itu, pelan ini turut menyediakan ULTRAHOTSPOT, sesuai untuk berkongsi bersama keluarga atau kawan-kawan tanpa perlu risau tentang kelajuan internet.
Siri ini menawarkan beberapa pelan, tapi kalau korang inginkan ‘the best of both world’ dari segi harga dan kuota data, korang memang wajib dapatkan ULTRA Prepaid 38.
Dengan pelan ini, bayangkan korang boleh menerima data internet yang cukup besar sehingga 250GB kelajuan tanpa had dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian tempatan, pada harga hanya RM38 saja. Berbaloikan?
Dengan kelajuan ini, korang boleh secara konsisten strim video kegemaran dengan resolusi tinggi serta scroll media sosial tanpa perlu risau tentang gangguan.
Kalau korang nak tahu, buat pertama kalinya U Mobile menawarkan 5G SA untuk pengguna pelan prabayar menerusi ULTRA Prepaid.
Untuk korang yang tak tahu, 5G SA ni adalah rangkaian 5G yang berdiri sendiri tanpa bergantung pada 4G. Jadi, internet korang akan jadi lebih pantas, sambungan akan jadi lebih stabil serta konsisten.
Bagi yang duduk dekat tengah-tengah bandar, korang tak perlu risau lagi tentang kelajuan internet sebab ia boleh dicapai sekitar 1.4 Gbps dan boleh pergi lebih tinggi tau. Lajukan?
Dengan kelajuan ultra pantas macam ni, memang syoklah nak binge-watch drama dengan resolusi tinggi, main permainan video, muat naik kandungan video tanpa gangguan, panggilan video dan macam-macam lagilah!
Diberi ‘Priority’ Dalam Kawasan Sesak, U Mobile Kembali Dengan Kelajuan Internet Lebih Padu!
Untuk korang yang suka pergi ke tempat-tempat berkepadatan tinggi macam stadium untuk perlawanan bola sepak atau konsert artis kegemaran, memang confirm memerlukan ketersambungan yang laju untuk update media sosial betul tak?
Disebabkan itulah, U Mobile hadir dengan ULTRA5G Priority yang membolehkan korang dapat akses rangkaian berkeutamaan semasa tempoh sesak. Bunyi macam bestkan?
Memang best pun sebab korang boleh update media sosial lebih laju daripada yang lain tanpa perlu risau tentang gangguan internet!
Ditawarkan secara fleksibel melalui pembelian atas permintaan pada harga bermula RM2 untuk 1 jam dan RM5 untuk 3 jam.
Manakala, kalau korang melanggan pelan ULTRA Prepaid 50, korang akan dapat 2 pas ULTRA 5G Priority selama 3 jam bernilai RM10 secara percuma.
Kalau korang berminat untuk tukar dan rasai pengalaman ultra pantas U Mobile ini, jangan lupa dapatkan pek permulaan serendah RM10 yang boleh dibeli secara dalam talian atau di mana-mana cawangan U Mobile.
Dengan pek permulaan ini, ia menyediakan kuota data 20GB kelajuan tanpa had, panggilan tanpa had dan percuma ULTRAHOTSPOT.
Tukar Kepada U Mobile Sekarang Untuk Nikmati Internet Ultra Pantas Pada Harga Lebih Berbaloi!
Jujur cakap, pelan ULTRA Prepaid ini lebih berbaloi berbanding jenama lain dari segi tawaran dan ciri tersedia dalam ULTRA Prepaid ni. Tak percaya, korang boleh buat perbandingan sendiri.
Tak dinafikan, pelan ULTRA Prepaid terbaru U Mobile ini memang ngam sangat untuk keperluan internet harian kita. Tunggu apa lagi, tukar ke pelan ULTRA Prepaid sekarang untuk nikmati kesemua ciri hebat ini.
Nak kekalkan nombor sedia ada? Pun boleh ya, korang boleh pilih Switch to U semasa melakukan pembelian SIM, atau korang boleh maklumkan saja kepada kakitangan U Mobile di cawangan untuk bantuan proses penukaran.
Untuk maklumat lanjut tentang layari laman web rasmi U Mobile atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.








