Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Keluarga mangsa tragedi tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur bercadang menuntut pampasan kira-kira RM800,000 dengan mendakwa wujud unsur kecuaian dalam aspek penyelenggaraan serta keselamatan kawasan kejadian.
Peguam mewakili keluarga mangsa, M. Partiben berkata, anggaran pampasan itu dibuat berdasarkan rujukan kes mahkamah terdahulu berkaitan kematian akibat kecuaian penyelenggaraan, namun jumlah berkenaan masih belum dimuktamadkan dan boleh berubah bergantung kepada hasil rundingan.
Menurutnya, perbincangan lanjut akan diadakan bersama pihak berkuasa termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Fadlun Mak Ujud dalam masa terdekat.
Pihak keluarga turut mendakwa kejadian itu berpunca daripada beberapa faktor termasuk gangguan utiliti bawah tanah dan keadaan geologi kawasan tersebut.
Baca juga:
- Exco Melaka jelaskan kejadian sebenar murid Tahun Lima terjatuh dari bangunan sekolah
- Keluarga mangsa tragedi tanah jerlus Masjid India tuntut pampasan RM800,000
- Murid Tahun Lima jatuh dari bangunan sekolah ketika cuba mengambil kasut
Dalam perkembangan lain, keluarga mangsa memaklumkan mereka baru menerima sijil kematian daripada Jabatan Pendaftaran Negara, selain menanggung hutang kira-kira RM20,000 termasuk kos perubatan serta gangguan kepada perniagaan kecil keluarga.
Terdahulu, media melaporkan mangsa, Gali Vijaya Lakshmi, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India, terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter dalam kejadian pada 23 Ogos 2024 sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sembilan hari kemudian.
Sumber: Kosmo









