Pelakon, Izreen Azminda meluahkan rasa syukur apabila pertikaian yang berlaku antara dirinya dan bekas madu, Intan Salleh akhirnya berjaya diselesaikan secara baik.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, Izreen mengharapkan hubungan yang terjalin lebih terpelihara demi kebaikan bersama, terutama sekali demi anak-anak.
“Syukur Alhamdulillah ya Allah.. akhirnya pertikaian antara kami dapat diselesaikan secara baik.. Terima kasih Intan,” tulisnya.
Beliau juga memohon maaf sekiranya pernah melakukan sebarang tindakan atau penulisan sebelum ini yang mungkin mengguris hati mana-mana pihak, termasuk Intan.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika sebarang tindakan atau perbuatan saya sebelum ini yang mengguris hati Intan & mana-mana pihak,” jelasnya.
Baca juga:
- Pak Azad nafi spekulasi digantung tugas, anggap hanya salah faham
- Video ‘Birthday Prank’ ibu cetus perdebatan, Didi Astillah tampil mohon maaf
- Catatan doa dan persiapan Haji Lisa Surihani raih perhatian
Tambah Izreen lagi, segala perkongsian atau penulisannya selepas ini akan bersifat lebih peribadi dan tidak lagi merujuk kepada mana-mana pihak.
Dalam masa yang sama, Izreen turut merakamkan penghargaan kepada peguam yang banyak membantunya sepanjang proses penyelesaian kes tersebut, yang disifatkan sebagai individu penting dalam memberikan nasihat dan bimbingan terbaik sejak awal.








