Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penyanyi, Ameng Spring atau Wan Aminuddin bin Wan Ismail, mencetuskan perhatian apabila membuat beberapa kenyataan terbuka menerusi siaran langsung di media sosial, berkaitan pandangannya terhadap kemenangan dalam pertandingan nyanyian serta isu populariti dalam industri hiburan.
Bagaimanapun, beliau mendakwa nasihat yang diberikan kepada anaknya Azeva Natassha yang menyertai satu pertandingan realiti di sebuah stesen televisyen disalah erti oleh seorang individu yang bergelar penyanyi.
Dalam siaran tersebut, Ameng menegaskan bahawa kemenangan dalam pertandingan tidak semestinya menjamin kejayaan atau populariti jangka panjang seseorang artis.
“Benda itu terjadi tahun 90-an, bukan sekarang. Zaman saya dulu. Saya mana ada cerita pasal orang. Dia tak pernah masuk live saya, orang ini tak pernah masuk live saya.
“Dia anggap saya. Saya tak tujukan kepada mana-mana. Saya tujukan kepada diri sendiri.
“Orang yang menang tak ke mana, yang kalah ini duduk pikul tanggungjawab sendiri. Yang kalah ini duduk pikul. Yang menang itu tak tahu di mana,” jelasnya.
Baca juga:
- Ameng nafi dakwaan tuju istilah ‘juara tak ke mana’ pada individu
- Ako Mustapha dakwa anak jadi mangsa buli di sekolah
- Nash alami serangan jantung, 80 peratus saluran tersumbat
Bagaimanapun, Ameng dalam satu temu bual turut menyebut nama seorang penyanyi wanita yang didakwa merupakan individu yang tersalah faham dengan kenyataannya.
“Saya cakap dalam live, saya bukan tuju kepada mana-mana… tapi saya anggap dia nak cari publisiti murahan,” katanya.
Ameng juga menegaskan bahawa beliau sudah lama berkecimpung dalam industri dan pernah beberapa kali menyertai pertandingan nyanyian tanpa meraih kemenangan, namun tetap kekal aktif sebagai penyanyi.
“Saya masuk Muzik-Muzik, setiap lagu saya masuk saya kalah. Tapi saya tetap menyanyi sana sini,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa populariti tidak semestinya bergantung kepada kemenangan pertandingan.
“Juara tak ke mana… yang penting perjalanan kita dalam industri,” katanya.









