Namron zahir sokongan, minta Que Haidar terus kuat | The Reporter

Namron zahir sokongan, minta Que Haidar terus kuat

Namron menyokong Que Haidar dalam dunia hiburan, berharap beliau kembali beraksi.
Gambar: Thread Namron

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dunia hiburan tempatan ketika ini hangat memperkatakan mengenai pelakon terkenal, Que Haidar, susulan pelbagai kenyataan dan reaksi yang timbul dalam kalangan keluarga, netizen serta penggiat seni. Walaupun menerima kritikan dan pujian, pelakon yang sinonim dengan trademark “Aduh Jamilah” itu masih belum tampil memberikan sebarang kenyataan rasmi.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pihak dalam industri mula menyuarakan sokongan terhadap aktor berkenaan. Antara yang tampil adalah Namron yang secara terbuka menyatakan pendirian memihak kepada Que Haidar menerusi satu hantaran di media sosial.

“I stand with Que Haidar. Pernah meninggalkan kerjaya, impian dan cita-cita demi keluarga. Pernah merasa kehilangannya dalam dunia seni, rindu untuk melihatnya beraksi. Kini ketika dia kembali untuk mengubati rindu kami, dia cuba dirampas semula dari kami.

“Tolong jangan menghilang lagi. Terus berdiri dan lawan. Jangan menyerah. Aku tahu kau kuat,” tulisnya.

Baca juga:

Sokongan tersebut dilihat mencerminkan penghargaan terhadap perjalanan kerjaya Que Haidar yang pernah berehat daripada dunia seni sebelum kembali aktif. Setakat ini, ramai masih menantikan penjelasan lanjut daripada pelakon berkenaan berhubung isu yang diperkatakan.

Sebelum ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai kemelut antara Que Haidar dan bekas isterinya, Linda Jasmine, selepas Linda dilihat membalas komen netizen di TikTok.

Related Posts