Stadium Nasional Bukit Jalil kini TM Stadium Nasional, Stadium Putra jadi Unifi Arena | The Reporter

Stadium Nasional Bukit Jalil kini TM Stadium Nasional, Stadium Putra jadi Unifi Arena

Penjenamaan semula Stadium Nasional Bukit Jalil kepada TM Stadium Nasional dan Stadium Putra kepada Unifi Arena
Stadium Nasional Bukit Jalil kini dikenali sebagai TM Stadium Nasional, manakala Stadium Putra dijenamakan semula sebagai Unifi Arena

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengumumkan kerjasama hak penamaan bersama Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menyaksikan dua venue utama negara dijenamakan semula sebagai TM Stadium Nasional dan Unifi Arena. Kerjasama itu melibatkan Stadium Nasional dan Stadium Putra di Bukit Jalil.

Perjanjian tersebut berlangsung selama tiga tahun dan bertujuan memastikan kedua-dua venue sukan dan hiburan utama negara itu terus kekal relevan, selesa serta berdaya saing sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf antarabangsa.

Kerjasama tiga tahun untuk pembangunan stadium

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, En Ilyas Jamil, berkata kerjasama hak penamaan ini merupakan salah satu inisiatif bagi memperkukuh kelestarian serta pembangunan jangka panjang kedua-dua venue berkenaan.

“Sebagai pengurus Stadium Nasional dan Stadium Putra, kami komited memastikan kemudahan ini sentiasa berada pada tahap terbaik untuk rakyat Malaysia. Kerjasama hak penamaan ini memperkukuh usaha menaik taraf dan memastikan pembangunan berterusan venue-venue ini,” katanya.

Menurut beliau, penjenamaan semula tersebut berkuat kuasa mulai 6 Mac 2026, dengan hasil kerjasama akan digunakan untuk menambah baik kemudahan serta meningkatkan pengalaman pengunjung di stadium berkenaan.

Baca juga:

TM hargai kepercayaan untuk venue ikonik negara

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad, Amar Huzaimi Md Deris, menyifatkan peluang memegang hak penamaan venue nasional itu sebagai satu penghormatan besar kepada syarikat tersebut.

Beliau berkata TM sejak sekian lama memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat Malaysia merentasi generasi dan berharap kerjasama ini dapat terus memperkukuh fungsi kedua-dua stadium sebagai tempat rakyat berkumpul menyokong acara sukan serta hiburan.

“Stadium Nasional dan Stadium Putra sekian lama menjadi lokasi rakyat Malaysia meraikan kejayaan dan menyaksikan detik bersejarah. Kami berharap kerjasama ini dapat memastikan kedua-dua venue ini terus menjadi simbol kebanggaan negara untuk generasi akan datang,” katanya.

Related Posts