Seorang lelaki dilaporkan cedera parah dalam satu kejadian tembakan di Taman Sri Kapar, Klang pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, siasatan awal mendapati insiden itu melibatkan dua suspek menaiki motosikal yang melepaskan tembakan ke arah seorang pemandu lori.
“Kejadian berlaku sekitar jam 9 hingga 9.30 pagi. Siasatan awal mendapati dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke atas pemandu lori sebelum sebuah kenderaan empat pacuan roda yang berada berhampiran merempuh suspek. Tindakan orang awam itu menyebabkan kedua-dua suspek turut cedera,” katanya.
Baca juga:
- LRT3 Shah Alam: Sultan Selangor zahir penghargaan kepada Najib dan Anwar
- Hilang sebelah kaki bukan penghalang, dua beradik gigih usahakan Cendol Meleleh
- ‘Dulu BN buat, dilabel macam-macam, sekarang tukar nama je’ – Wee Ka Siong
Shazeli menambah, pasukan forensik IPK Selangor dan pegawai penyiasat masih berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.
“Kita masih belum dapat mengesahkan identiti dan butiran suspek. Selepas siasatan forensik selesai, barulah identiti, rampasan barang, dan motif kejadian dapat disahkan. Untuk masa ini, saya tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai tahap kecederaan suspek,” katanya.
Dalam pada itu, rakaman kejadian tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki terbaring di lokasi kejadian.
Sumber: Berita Harian








