Rektor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) Prof Dr Rozaimi Ramle, menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam berkongsi kandungan sensitif membabitkan al-Quran di media sosial.
Menurut beliau, masyarakat tidak perlu menyebarkan semula gambar yang memaparkan kaki individu berada di atas al-Quran, walaupun dengan niat untuk mengecam atau menyedarkan orang ramai.
“Cukuplah sekadar kongsi gambar pelaku, tidak perlu kongsi gambar kaki itu di atas al-Quran. Lalu kita menjadi ejen penyebaran dalam laman sosial al-Quran di bawah kaki berbulu hitam tersebut,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa niat yang baik perlu disertai dengan cara yang betul dan tidak sehingga merendahkan kemuliaan kitab suci berkenaan.
Baca juga:
- Bangunan bertingkat didiami Rohingya di Sungai Makau akan diroboh ikut undang-undang
- Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA
- MPKj sahkan binaan haram di Sungai Makau, keluarkan notis penguatkuasaan
Sebagai alternatif, beliau mencadangkan agar gambar berkenaan diedit dengan meletakkan kaki tersebut di atas buku kosong bagi mengelakkan penyebaran imej yang tidak wajar.
“Edit lah letak kaki itu di atas buku kosong,” katanya.
Terdahulu, tular tentang isu seorang pelajar di sebuah IPT memuat naik gambar memijak Al-Quran dan hantaran menghina Nabi Muhammad di media sosial. Susulan itu, pelajar berkenaan telah ditahan dan dihadapkan ke Mahkmah Sesyen Kuantan pada Selasa. Tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berkenaan.








