Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak terkenal, Trevor Noah, susulan jenaka yang mengaitkannya dengan mendiang pesalah seks, Jeffrey Epstein, ketika acara Anugerah Grammy baru-baru ini.
Ancaman itu dibuat selepas Noah secara berseloroh menyebut kononnya Trump pernah mengunjungi pulau milik Epstein, kenyataan yang disifatkan Trump sebagai palsu dan memfitnah.
Gurauan Grammy cetus kontroversi
Ketika mengacarakan Anugerah Grammy buat kali keenam, Noah mengucapkan tahniah kepada Billie Eilish yang memenangi Anugerah Lagu Terbaik menerusi lagu Wildflower.
Dalam ucapannya, Noah menyelitkan jenaka politik dengan membandingkan kemenangan Grammy itu dengan keinginan Trump untuk “memiliki Greenland”, sebelum menyindir bahawa Trump memerlukan “pulau baharu” selepas pulau Epstein sudah tiada, sambil menyebut nama bekas Presiden AS, Bill Clinton.
Baca juga:
- Gempa 7.8 Magnitud: Video bangunan sekolah di Mindanao, Filipina runtuh tular
- Iran dakwa dikenakan syarat masuk dan keluar AS hari sama perlawanan
- Netanyahu kritik tindakan Ben-Gvir terhadap aktiviS GSF
Trump nafi dakwaan, ugut saman
Tidak lama selepas itu, Trump membalas kenyataan berkenaan melalui platform media sosial miliknya, Truth Social, dengan menegaskan bahawa beliau tidak pernah menjejakkan kaki ke Pulau Epstein atau kawasan berhampiran.
Trump mendakwa kenyataan Noah itu adalah tidak benar dan berbaur fitnah, malah menyifatkan pengacara berkenaan sebagai gagal menyemak fakta.
Presiden AS itu turut memberi bayangan akan mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman terhadap Noah, sambil menyatakan beliau “akan berseronok” dengan tindakan undang-undang tersebut.
Sumber: UI Interview








