Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sedih melihat kanak-kanak perempuan ini yang terpaksa menanggung derita penyakit buah pinggang sejak dari lahir lagi. Tidak diketahui di mana ibu bapanya tetapi menurut neneknya, dia akan menghantar cucunya ke hospital dua minggu sekali.
Jika anda berkemampuan, sudikanlah menghulurkan bantuan buat anak ini. Sedikit pun jadilah atau jika tidak berkemampuan, kongsikan perihal mengenai adik ini agar ada insan yang baik hatinya tampil bersama membantu anak ini.
ASSALAMUALAIKUM. Sebelumnya saya ingin meminta maaf kepada anda semua dan minta tolong luangkan masa sekejap untuk adik ini.
Niat saya kongsi cerita ini di Facebook bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak. Cuma malam tadi saya ada bertanya kepada nenek adik ini, ada tak adik Daniel menerima bantuan? Dia kata tak ada dan saya pun bertanya bagaimana jika saya usahakan bantuan untuk adik Daniel, boleh tak dia terima. Nenek itu kata, “Alhamdulillah dik kalau ada”. Sedih mendengar jawapannya.
Kepada sesiapa saja yang ingin menghulurkan bantuan, boleh saja terus datang ke pasar malam Bandar Baru Ampang pada hari Khamis, malam Jumaat ataupun boleh PM saya. Saya boleh tolong hantarkan untuk berjumpa dengan adik ini.














