Tular video penduduk halau komuniti 'R' selepas kes bunuh di Kampung Pandan | The Reporter

Tular video penduduk halau komuniti ‘R’ selepas kes bunuh di Kampung Pandan

Video tular penduduk halau komuniti ‘R’ selepas insiden bunuh di Kampung Pandan, cetus rasa tidak puas hati masyarakat.
Rakaman ini jadi simbol rasa tidak puas hati masyarakat selepas insiden tragis di Kampung Pandan terus hangat diperkatakan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebuah klip video yang tular di media sosial menunjukkan beberapa penduduk di Kampung Pandan mengusir sekumpulan individu dipercayai etnik Rohingya dari kawasan perumahan mereka.

Dalam rakaman berdurasi hampir seminit itu, beberapa lelaki kedengaran menjerit sambil mengarahkan kumpulan berkenaan meninggalkan kawasan tersebut dengan nada tegas.

Tindakan itu difahamkan ada kaitan dengan kematian seorang pemuda tempatan berusia 22 tahun yang dilaporkan mengalami kecederaan serius sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital.

Baca juga:

Dua lelaki Myanmar direman bantu siasatan

Terdahulu, dua lelaki warga Myanmar ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes kematian mangsa di Lorong 5, Kampung Pandan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, mangsa ditemukan terbaring di atas jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan pendarahan di kepala serta luka di tangan.

Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Susulan laporan kejadian itu, kedua-dua suspek ditahan dan direman tiga hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Motif sebenar insiden masih disiasat, sementara rakaman video pergaduhan yang dipercayai berlaku di lokasi sama turut dijadikan bahan bukti oleh pihak polis.

Sumber: Malaysia Gazette / My News Hub

Related Posts