Kerajaan sedang meneliti mekanisme baharu termasuk keperluan melesenkan 10 permainan dalam talian popular, susulan kebimbangan meningkat terhadap keselamatan kanak-kanak di internet.
Langkah itu dikaji oleh Kementerian Komunikasi melalui SKMM khususnya melibatkan permainan yang didakwa tidak sesuai untuk pengguna bawah usia 16 tahun.
“Kami sedang mengkaji kerangka peraturan paling sesuai dan berkesan… tetapi yang pasti, kita tidak boleh berdiam diri,” kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Senarai 10 permainan bakal dikenakan lesen
Antara permainan yang dipertimbang untuk dilesenkan termasuk Roblox, Grand Theft Auto (GTA), Call of Duty, PUBG, Free Fire, Fortnite, Dead by Daylight, Among Us, Horrorfield dan The Outlast Trials.
Baca juga:
- ‘Siapa kata pejuang sumud tiada taring?’ – Syed Saddiq
- Presiden PTM nafi dakwaan tular isu salah guna kuasa, minta wang
- Kapal SS Free Gaza dan SS Liberty cipta sejarah tembusi sekatan Israel ke Gaza pada 2008
Fahmi berkata, tiada keputusan rasmi dibuat setakat ini, namun kerajaan melihat keperluan kawal selia lebih ketat bagi melindungi kanak-kanak daripada pendedahan tidak sesuai.
Insiden di Batu Pahat cetus perhatian
Langkah itu susulan kes di Kampung Parit Nipah Laut, Johor, apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun parah ditikam dan dikelar oleh abangnya.
Siasatan awal mendapati suspek berusia sembilan tahun bertindak agresif selepas marah permainan Robloxnya terganggu dan kehilangan kira-kira 1 juta mata apabila telefon bimbit rosak.
Meskipun peraturan baharu sedang dirangka, ibu bapa diseru memantau penggunaan internet anak-anak bagi mengelakkan terdedah kepada elemen keganasan, jenayah, perjudian dan ganjaran maya yang menggalakkan tingkah laku agresif.
Sumber: Berita Harian








