Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang petugas wanita perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada seluruh pasukan operasi serta penyelenggaraan yang bertungkus-lumus selama dua hari bagi memulihkan semula perkhidmatan selepas insiden kecurian kabel baru-baru ini.
“Alhamdulillah, train back to normal. Thank you team maintenance yang bertungkus lumus dua hari pasang balik cable. Also operation team yang dah terlibat. We did it! Penat ehhh 7 jam drive berdiri. Thank you kepada semua customer yang bersabar. Semoga MRT Putrajaya Line dijauhkan dari orang yang rembat cable lagi,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial.

Beliau turut menzahirkan rasa kagum terhadap semangat rakan setugas yang bekerja tanpa henti bagi memastikan operasi kembali seperti biasa.
“Kudos to all my team members counter staff, station controller, train driver dan semua yang terlibat. Juga kepada maintenance crew yang non-stop force untuk settlekan semua ni. Saya cuma secebis antara mereka. Ada yang tak rehat 8-9 jam dan kerja back to back. We serve our best to customers,” ujarnya.

Baca juga:
- Muhyiddin kecam sambutan meriah terhadap Trump, anggap memalukan Malaysia
- Petugas MRT kongsi semangat pasukan pulihkan perkhidmatan
- Remaja lelaki 15 tahun maut dirempuh dua motosikal
Katanya lagi, pasukan operasi turut menghargai para penumpang yang memahami keadaan dan tidak menyalahkan petugas sepanjang tempoh gangguan.
“Thank you for your patience and support. Thank you juga for those yang tak marah-marah kitaorang. Kitaorang pun tak nak benda ni jadi. Semoga ini kali terakhir kecurian kabel terjadi,” tambahnya.
Insiden kecurian kabel baru-baru ini menyebabkan perkhidmatan tren MRT Putrajaya Line terganggu selama beberapa hari, sebelum pasukan teknikal berjaya memulihkan sepenuhnya operasi tren pada Ahad.
Susulan itu, tren dari Stesen Kwasa Damansara ke Stesen Putrajaya Sentral dipandu secara manual sebagai langkah keselamatan, menyebabkan pergerakan tren lebih perlahan dan berhenti lebih lama di setiap stesen.
Beberapa hantaran di media sosial turut tular dengan luahan dan keluhan pengguna tren yang terpaksa menunggu lama perkhidmatan tersebut.









