Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan beliau tidak melihat desakan agar meletakkan jawatan sebagai tanda kegagalan, sebaliknya sebagai satu isyarat untuk memperkukuh dan menambah baik sistem pendidikan negara.
“Saya tidak anggap ‘call to resignation’ itu tanda kita gagal. Ia sebenarnya panggilan supaya kita buat lebih baik. Jadi kita kena sokong dan ambil itu secara positif,” katanya memetik laporan Harian Metro, 23 Oktober.
Fadhlina menjelaskan, setiap kritikan perlu diterima dengan hati terbuka kerana ia membantu kementerian mengenal pasti kelemahan yang masih perlu diperbaiki.
“Bila kita pilih untuk jadi ahli politik, kita kena bersedia hadap semua. Dua tahun saya di sini, apa yang saya belum hadap?
“Jadi saya hadap sahaja, saya teruskan sebab bukan saya tidak buat kerja,” ujarnya.
Baca juga:
- Tak puas hati kerja pembersihan stor senjata punca anggota tentera dipukul
- ‘Kematian Zara Qairina paling konsisten dengan tindakan mengakhiri nyawa sendiri’ – Pakar
- Sin Sing Coffee tepis dakwaan terkait isu peralatan tidak halal
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk isu buli dan keselamatan sekolah, beliau kekal fokus terhadap usaha memperkukuh sistem pendidikan dan kebajikan pelajar.
Beliau turut berkongsi nasihat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar terus sabar dan tabah, mengingatkan bahawa setiap pemimpin akan melalui fasa ujian dalam menunaikan tanggungjawab.
Sumber: Sinar Harian








