Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Semakin meningkat usia, semakin banyak perubahan dirasakan pada tubuh badan. Adakah faktor penuaan atau ada sebab lain yang mengakibatkan perubahan ini? Pernahkah anda mengalami simptom-simptom yang mungkin tidak pernah dialami seperti ini:
Kedutan mula kelihatan
Kulit yang dulu tegang kini mula menunjukkan garis-garis halus, terutamanya di sekitar mata dan mulut. Ia tanda awal struktur kulit mula kehilangan keanjalan semula jadi.
Kulit makin kering dan kusam
Walaupun dah rajin pakai pelembap, kulit tetap rasa kering dan tak bermaya. Teksturnya pun jadi kasar, membuatkan wajah tampak lesu dan kurang berseri.
Rambut banyak gugur
Setiap kali sikat rambut, helaian yang gugur makin bertambah. Rambut juga terasa semakin nipis dan hilang volume, buat ramai rasa kurang yakin dengan penampilan diri. Selain gugur, rambut juga mudah patah di bahagian hujung. Ia membuatkan rambut nampak tidak sihat dan susah nak diurus walaupun guna produk penjagaan rambut terbaik.
Kuku mudah patah atau terkopek
Kuku nampak kusam, cepat pecah dan sukar memanjang. Walaupun nampak kecil, ia petanda tubuh mungkin perlukan lebih sokongan untuk kekuatan semula jadi kuku.
Sukar fokus dan cepat lupa
Tumpuan mudah hilang walaupun sedang buat perkara penting. Rasa ‘lemau’ dan cepat penat jadi perkara biasa, sampai ganggu produktiviti seharian.
Tulang rasa lemah dan cepat sakit
Sakit belakang, lutut atau sendi makin kerap terasa, terutamanya bila berdiri lama atau naik tangga. Ia boleh jadi tanda struktur dalaman tubuh perlukan perhatian.
Tanda badan kurang silika
Ramai anggap semua ini adalah tanda-tanda penuaan biasa, tapi hakikatnya, itu semua mungkin isyarat badan kekurangan silika.
Apa itu silika?
Silika ialah mineral semula jadi yang terdiri daripada silikon dan oksigen. Ia sering digelar sebagai “mineral kecantikan” kerana membantu tubuh menghasilkan kolagen, yang penting untuk mengekalkan kesihatan kulit, rambut dan kuku.
Air yang kaya dengan silika juga mengandungi mineral lain seperti kalium dan magnesium yang baik untuk kesejahteraan tubuh secara menyeluruh.
Silika dari Air Mineral Semulajadi Spritzer

Soalannya macam mana nak dapatkan silika? Daripada air mineral je guys! Kalau sebelum ini ramai yang anggap air mineral sama sahaja di pasaran, tapi tidak untuk Air Mineral Semulajadi Spritzer.
Temui rahsia terbaik anda dengan Air Mineral Semulajadi Spritzer. Bukan sahaja untuk hidrasi tetapi juga air yang lebih baik untuk membekalkan khasiat serta pelbagai manfaat.
Air Mineral Semulajadi Spritzer ini didapati dari sumber hutan hujan seluas 440 ekar di Taiping, Perak. Sekarang, anda boleh dapatkan kebaikan untuk kesihatan tubuh badan dengan silika semulajadi tinggi 60mg/L dengan mudah. Cuma dapatkan di pasar raya berhampiran dan nikmati kebaikannya setiap hari.
Kebaikan Spritzer SILIQA
Dengan kebaikan silika semula jadi dalam Air Mineral Semulajadi Spritzer, tubuh anda akan menikmati manfaat menyeluruh untuk kesejahteraan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Kulit akan terasa lebih lembut dan licin, manakala rambut pula tampak lebih halus dan bersinar sihat. Kuku juga menjadi lebih kuat dan tidak mudah patah, sambil menyokong fungsi jantung yang sihat.
Kulit manusia akan kurang menghasilkan kolagen kira-kira 1% setahun selepas umur 21 tahun. Ini akan mengakibatkan keanjalan signifikan dan menambah kedalaman kedutan selain pelbagai kebaikan lain untuk tubuh badan.
Pengambilan silika membantu mengekalkan kekuatan tulang dan sendi, menjadikan badan lebih fleksibel dan aktif. Ia juga menyumbang kepada tumpuan minda yang lebih baik serta pencernaan yang lebih sihat, memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari.
Air Mineral Semuladi Spritzer diuji di universiti terkemuka dunia dan disahkan oleh University of London, Keele University dan University of Warsaw memiliki jumlah silika yang selamat dan boleh diserap secara semula jadi untuk tubuh.
Tukar ke penghidratan silika hari ini
Air Mineral Semulajadi Spritzer membuktikan jenama mereka bukan air mineral biasa di pasaran tetapi menawarkan kebaikan dari sudut kesihatan.
Ayuh tukar ke penghidratan diperkaya silika hari ini dengan Air Mineral Semulajadi Spritzer. Lawati siliqa.com untuk info lanjut mengenai silika.