Delegasi perubatan Jordan sertai Global Sumud Flotilla ke Gaza | The Reporter

Delegasi perubatan Jordan sertai Global Sumud Flotilla ke Gaza

Delegasi perubatan Jordan sertai flotilla kemanusiaan ke Gaza membawa bantuan perubatan mendesak.
Gambar: Tangkap Layar Instagram Global Sumud Flotilla.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Setiausaha Agung Persatuan Perubatan Jordan (Jordan Medical Association, JMA), Dr. Muzaffar Al-Jalamdeh, mengesahkan penyertaan sebuah delegasi perubatan dari Jordan dalam misi flotilla antarabangsa Sumud yang sedang bersiap untuk berlayar menuju ke Semenanjung Gaza bagi memecahkan sekatan berlarutan rejim Zionis.

Memetik laporan Roya News, Dr. Jalamdeh berkata penyertaan ini menegaskan peranan kemanusiaan dan diplomatik Jordan di bawah kepimpinan Raja Abdullah II dalam menyokong perjuangan Palestin serta rakyat Gaza yang terjajah.

Delegasi Jordan itu menyertai flotilla antarabangsa ketika kumpulan kapal berkenaan kini berkumpul di Laut Mediterranean, bersiap sedia untuk belayar bersama menuju ke Gaza. Ia dilaporkan sebagai pergerakan terbesar seumpamanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Misi ini bagaimanapun penuh risiko, mengingatkan kembali tragedi flotilla kebebasan pada tahun 2010 yang menyaksikan serangan berdarah oleh tentera Israel terhadap peserta konvoi kemanusiaan ketika cuba menghampiri perairan Gaza.

Sumber antarabangsa melaporkan bahawa tentera Israel kini sedang memantau rapat pergerakan flotilla Sumud, malah mengeluarkan ancaman untuk menyerang jika ia cuba mendekati pesisir Gaza.

Baca juga:
Doktor Jordan sertai kapal dari Itali

Menurut Dr. Jalamdeh, para doktor Jordan yang telah berlepas ke Itali untuk menaiki salah satu kapal flotilla telah memenuhi segala syarat yang ditetapkan bagi menyertai misi kemanusiaan berkenaan.

Beliau menekankan bahawa penyertaan ini “membuktikan peranan kemanusiaan dan diplomatik Jordan yang diterajui Raja Abdullah II dalam mempertahankan serta menyokong perjuangan rakyat Palestin, sekali gus menyampaikan penderitaan serta suara mereka yang terus berdepan dengan pencerobohan berpanjangan di Gaza dan Tebing Barat.”

Bawa bantuan perubatan mendesak

Delegasi perubatan Jordan itu terdiri daripada pakar dalam bidang-bidang penting serta membawa bekalan bantuan perubatan yang amat diperlukan. Bantuan ini disasarkan bagi menyokong sistem kesihatan Gaza yang kini berada di tahap lumpuh akibat sekatan serta serangan berterusan rejim Israel.

Bagaimanapun, belum ada pengesahan rasmi kerajaan Jordan memberikan lampu hijau kepada penyertaan berkenaan.

Related Posts