Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
FIFA mengenakan denda hampir RM1.9 juta ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), selain menggantung tujuh pemain naturalisasi negara selama 12 bulan selepas didapati menggunakan dokumen yang dipalsukan.
Dalam kenyataan rasmi, Jawatankuasa Disiplin FIFA memutuskan FAM bersalah melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA berhubung pemalsuan dokumen. Badan induk bola sepak dunia itu menjatuhkan denda CHF 350,000 (kira-kira RM1.85 juta) kepada FAM.
Tujuh pemain terbabit, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano turut dikenakan denda CHF 2,000 (kira-kira RM10,580) seorang selain digantung daripada semua aktiviti bola sepak selama setahun.
Baca juga:
- FIFA denda FAM RM1.9 juta, tujuh pemain naturalisasi digantung setahun
- Syed Saddiq berjaya tamatkan Kejuaraan Ironman Dunia 2025
- F1 kembali popular, tapi Malaysia masih ragu-ragu – Razlan tegaskan ia pelaburan, bukan kos
Implikasi kepada skuad kebangsaan
Kes itu berkait dengan pendaftaran pemain heritage Malaysia yang diturunkan ketika aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada Jun lalu. FIFA turut menyerahkan status kelayakan pemain tersebut kepada Tribunal Bola Sepak FIFA untuk ditentukan sama ada keputusan perlawanan berkenaan akan diubah.
Langkah FIFA itu mengundang kritikan luas kerana dianggap mencalarkan imej bola sepak negara di pentas antarabangsa. Penganalisis tempatan menyifatkan hukuman ini sebagai tamparan hebat terhadap integriti pentadbiran FAM.
FAM akan buat rayuan
FAM dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan rasmi terhadap keputusan FIFA. Badan itu menegaskan segala dokumen telah dihantar mengikut prosedur dan akan mempertahankan kedudukan Malaysia dalam kes berkenaan.
FAM dan pemain terbabit mempunyai tempoh 10 hari untuk memohon keputusan penuh bertulis (motivated decision) sebelum mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA.
Sumber: Inside FIFA