Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Polis menegaskan insiden kematian pengarah animasi terkenal, Andi Abdul Ghani Kadir, yang ditemui lemas di Sungai Kampung Batu Putih, tiada kaitan dengan pergaduhan rumah tangga seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D. Ravi berkata, siasatan awal mendapati mangsa secara tiba-tiba keluar dari kenderaan yang dipandu isterinya sebelum hilang dari pandangan di kawasan jambatan sungai berkenaan.
“Tidak (ada insiden) gaduh (dengan isteri).
“Tiba-tiba sampai jambatan, mangsa arahkan isteri memberhentikan kereta dan lari keluar (sebelum kali terakhir dilihat di jambatan sungai),” katanya.
Memetik laporan Harian Metro, mangsa dipercayai mengalami masalah kesihatan misteri sebelum kejadian.
Pada Selasa lalu, Andi atau dikenali sebagai Ejen Andy Adul dilaporkan jatuh ke sungai sewaktu dalam perjalanan bersama isterinya dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu.
Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
Sehari kemudian, pasukan penyelamat menemukan mayat Andy berhampiran lokasi dia dilaporkan terjatuh. Penemuan itu sekali gus menamatkan operasi mencari yang dijalankan sejak laporan kehilangan dibuat.
Pemergian Andy disifatkan sebagai satu kehilangan permata dalam dunia animasi.
Allahyarham juga dikhabarkan baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 16 September lalu malah dia juga sempat memuat naik gambar perkahwinannya di Facebook dan menerima ucapan tahniah daripada rakan serta peminat.
Sumber: Harian Metro








