Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Anak kepada usahawan terkenal, Datin Seri Shahida dan Dato’ Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyan, menjadi tumpuan apabila diberi kepercayaan mewakili ibu bapanya menyerahkan zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Menurut Datin Seri Shahida, zakat yang ditunaikan itu adalah bagi pendapatan separuh tahun pertama 2025, dari Januari hingga Jun.
“Syukur alhamdulillah, tercapai impian mama dengan papa menunaikan zakat pendapatan kepada Lembaga Zakat Selangor. Malangnya, mama dengan papa tak dapat hadir atas urusan lain. Jadi kami wakilkan Ammar Ahyan untuk ke majlis hari ini.
“Dah pesan awal-awal kepada protokol majlis sebab takut dia kekok. Tapi alhamdulillah, awak nampak sangat matang Ammar. Semoga apa yang kami sumbangkan sedikit sebanyak dapat membantu golongan asnaf di negeri Selangor,” katanya.
Apa yang lebih mencuri perhatian, Ammar sendiri turut meluahkan hasrat untuk terus istiqamah menunaikan zakat pada masa hadapan.
“Saya confirm tahun depan saya akan bayar zakat. Sebab zakat ialah salah satu tiang Islam (Rukun Islam),” katanya penuh yakin.
Baca juga:
- Polis nafi unsur pergaduhan dalam kes kematian Ejen Andy Adul
- MYDIN Prihatin bantu ringankan beban perbelanjaan Sathiya
- Ammar Ahyan wakili ibu bapa serah zakat RM900,000 kepada Lembaga Zakat Selangor
Kenyataan itu membuatkan ramai netizen kagum dengan cara didikan yang diterimanya sejak kecil. Rata-rata memuji Ammar yang bukan sahaja petah berbicara, malah sudah mula memahami nilai tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Menerusi video yang dikongsikan, syarikat D’ Herbs Holdings Sdn Bhd telah menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM900,000 kepada Lembaga Zakat Selangor.
Sumbangan besar itu diharap dapat meringankan beban golongan asnaf di negeri tersebut sekaligus memberi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk sama-sama menunaikan kewajipan berzakat.
Selain Aliff Syukri, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, menjadi antara usahawan wanita tempatan yang membayar zakat perniagaan tertinggi kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).