Bukan buli, polis dan IKBN Miri sahkan hanya gurauan hari lahir | The Reporter

Bukan buli, polis dan IKBN Miri sahkan hanya gurauan hari lahir

Beberapa pelajar berpakaian seragam biru gelap sedang mengangkat seorang rakan hingga kemaluannya terkena tiang, kejadian disahkan polis sebagai gurauan hari lahir, bukan buli.
Polis sahkan insiden di IKBN Miri ini hanya gurauan hari lahir, bukan buli seperti yang tular. | Gambar dari video tular di media sosial

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kecoh di media sosial apabila tular satu rakaman video pendek memaparkan seorang pelajar lelaki diangkat sekumpulan rakannya yang kemudian menghentak celah kelangkang kakinya sehingga kemaluannya terkena pada tiang papan tanda jalan.Sekilas pandang, ia menimbulkan persepsi wujudnya kejadian buli di sebuah institut pengajian di Miri.

Namun, menurut laporan Berita RTM, hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati insiden berkenaan bukanlah kes buli.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, menjelaskan kejadian pada 19 September lalu hanyalah gurauan melampau sempena sambutan hari lahir seorang pelajar jurusan automotif.

Baca juga:

Pelajar sendiri buat laporan

Menariknya, pelajar terbabit sendiri hadir membuat laporan bersama ibu bapanya dan menafikan dirinya menjadi mangsa buli. Katanya, apa yang berlaku sekadar gurauan rakan-rakan tanpa sebarang unsur paksaan.

Institut pengajian tersebut juga mengesahkan kenyataan itu, tetapi menilai tindakan berkenaan sudah keterlaluan.

Tindakan tegas walau kes ditutup

Walaupun kes diklasifikasikan sebagai NFA (Tiada Tindakan Lanjut), pihak institut akan tetap mengambil tindakan terhadap pelajar terlibat. PDRM pula menegaskan pemantauan akan diteruskan kerana jenayah buli tetap dianggap serius, berisiko menyebabkan kecederaan mahupun trauma.

ACP Mohd Farhan menambah, pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya muncul bukti baharu menunjukkan unsur penderaan atau jenayah.

Related Posts