Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini berkongsi kisah menyentuh hati seorang pelajar baharu yang hadir mendaftar tanpa ditemani waris selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa.
Pelajar berkenaan, Putera Iman Shah Shahiran, 19, kehilangan ibunya, Allahyarhamah Khatijah binti Mohd Rashid pada 2019, manakala bapanya, Shahiran Pake Chi, 57, pula meninggal dunia bulan lalu, hanya beberapa minggu sebelum dia melanjutkan pengajian ke universiti.
Putera tiba di Stesen Kereta Api Arau kira-kira jam 12.15 tengah hari semalam dengan membawa beg besar bersendirian. Namun, atas arahan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, kakitangan Inasis SME Bank UUM menunggunya di stesen tersebut untuk membawanya ke kampus Sintok.
Putera yang memperoleh CGPA 3.71 dari Kolej Matrikulasi kini mengikuti pengajian Sarjana Muda Pemasaran. Beliau merupakan salah seorang daripada 4,549 pelajar baharu yang mendaftar di UUM, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar universiti itu seramai 30,121 orang.
“Awalnya saya rasa hilang arah, tetapi apabila kakitangan UUM datang menjemput, saya rasa lega seolah-olah ada keluarga yang menyambut saya. Terima kasih UUM,” katanya.
Baca juga:
- Bukan buli, polis dan IKBN Miri sahkan hanya gurauan hari lahir
- Kerajaan nafi hadkan pembelian RON95 sehari sekali
- UUM kongsi kisah pelajar yatim piatu daftar sendirian ke Kampus
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan sokongan moral kepada Putera dan turut memuji tindakan university yang menjaga kebajikan pelajar.
Sumber: Facebook UUM