Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dikesan menggunakan duit sogokan sebagai modal membuka kedai emas bernilai kira-kira RM600,000 di Pahang, lapor Kosmo! Online.
Siasatan mendapati pasangan berusia 40-an itu dipercayai mengaut lebih RM900,000 sejak 2020 dengan mempercepatkan urusan dokumen pekerja asing tanpa izin.
Bagi setiap fail, majikan dikatakan perlu membayar sekitar RM700, dengan suspek menerima RM150 seorang manakala selebihnya diagihkan kepada pegawai lain.
Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
SPRM rampas emas bernilai RM1.4 juta
Bagi mengaburi kegiatan, mereka menggunakan nama adik serta anak sebagai proksi perniagaan. Hasil sogokan itu juga digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah selain kedai emas terbabit.
Dalam serbuan Op Dygo, SPRM menemui simpanan emas seberat tiga kilogram bernilai RM1.4 juta. Pasangan tersebut direman lima hari bermula 10 September lalu selepas Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka membenarkan permohonan SPRM.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.








