Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, dikenali sebagai Raya, meninggal dunia selepas tubuhnya dipenuhi lebih satu kilogram cacing gelang. Kejadian menyayat hati itu berlaku di Kampung Padangenyang, Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia.
Raya dimasukkan ke hospital pada 13 Julai lalu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketika dirawat, doktor menemui cacing sepanjang kira-kira 15 sentimeter keluar melalui hidung dan mulutnya, malah beberapa ekor juga dilaporkan keluar melalui dubur. Selepas sembilan hari dirawat, Raya disahkan meninggal dunia pada 22 Julai 2025.


- Disemadikan seperti wira, anjing jalanan Kali selamatkan 30 murid daripada ular berbisa
- Video LEGO karya Mahdi Hemmat curi perhatian dunia, bawa naratif konflik semasa
- Pekerja ditahan, didakwa bakar gudang di Ontario, California
Jangkitan parasit merebak
Hasil pemeriksaan mendapati Raya mengalami jangkitan cacing gelang (askariasis) yang teruk. Cacing bukan sahaja membiak dalam usus, malah merebak ke paru-paru dan otaknya sehingga menjejaskan fungsi saraf dan kesedaran.




Keluarga Raya hidup dalam keadaan serba kekurangan. Ibunya menghidap masalah mental, manakala bapanya pula sakit tuberkulosis. Mereka tinggal di rumah yang persekitarannya tidak terjaga, malah dipenuhi najis ayam, dipercayai menjadi punca penyebaran telur cacing.
Kes ini menarik perhatian ramai, termasuk Gabenor Jawa Barat yang menegur kelemahan pemantauan kesihatan di kawasan pedalaman. Susulan tragedi itu, Kementerian Kesihatan Indonesia menegaskan kepentingan pemberian ubat cacing secara berkala serta amalan kebersihan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.
Sumber: Universiti Muhammadiyah Jakarta










