Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon dan selebriti terkenal, Anzalna Nasir mendedahkan dirinya pernah berbelanja besar sehingga mencecah lebih RM100,000 hanya untuk barangan mewah pada masa lalu.
Namun kini, kata Anzalna, cara hidupnya semakin berubah apabila menyedari nilai sebenar kehidupan yang lebih bermakna jika digunakan untuk berbuat kebaikan.
“Dulu saya senang sahaja habiskan lebih RM100,000 untuk barangan berjenama mewah. Sekarang pun saya masih membeli apa yang saya suka, cuma tidak lagi melampau seperti dahulu.
“Kerana sekarang saya sedar, harga sebuah beg berjenama boleh mengenyangkan ramai keluarga, membantu ibu bapa yang sedang berdepan kesusahan atau seseorang untuk bangkit semula,” tulisnya di Thread.

Baca juga:
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- Isu gelaran juara, Zaha Spring pertahan kenyataan Ameng
- Dari gurauan jadi kenyataan, lelaki sahut cabaran TokTi joging 8KM
Menurutnya lagi, seiring dengan pertambahan usia, hatinya semakin cenderung untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mencari keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukan.
“Apabila semakin berusia, hati saya hanya mahu lebih dekat dengan Allah. Hidup terasa lebih bermakna apabila saya gunakan untuk melakukan kebaikan, memberi dan mencari keredaan-Nya.
“Saya berharap akan kekal begini selamanya. Doakan saya,” katanya lagi.
Hantaran tersebut nyata menyentuh hati peminat yang turut mendoakan agar Anzalna terus istiqamah dalam perubahan hidupnya dan menjadi inspirasi kepada orang lain untuk sama-sama mencari keberkatan Ilahi.








