Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan wujudnya elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual dalam kes kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, 13.
Menurut beliau, hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ketiga-tiga elemen berkenaan telah dikenal pasti dan disiasat secara menyeluruh.
“Tak boleh ada usaha ataupun percubaan menutup kalau ada elemen buli. Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk anak-anak kita.
“Pentadbir sekolah harus diingatkan, kalau ada insiden ini bawa ke tengah. Sebab itu siasatan kita menjurus hala tujunya kepada elemen buli dan siasatan itu sudah pun lengkap.
“Ya, ada elemen pengabaian kerana adik ini ada membuat aduan kepada pihak sekolah. Ada kita siasat elemen pengabaian. Ada elemen gangguan seksual, kita siasat juga,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
Saifuddin berkata, hasil siasatan itu akan diserahkan kepada Peguam Negara bagi menentukan hala tuju seterusnya termasuk kemungkinan pertuduhan.
Sumber: Sinar Harian








