Gagal yakinkan panel hakim
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Segala harapan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, untuk bebas daripada penjara berkecai hari ini selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan akhirnya dan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun kerana mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz sebulat suara memutuskan tiada kesilapan fakta atau undang-undang dalam keputusan terdahulu.
“Perayu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan,” tegas Azman ketika membacakan keputusan.
Baca juga:
- ‘Cadangan kembalikan Dara, Amoi, Kelat wajar dipertimbangkan dengan serius’ – Arthur
- WWF-Malaysia ambil maklum kebimbangan orang ramai kebajikan tiga gajah
- GSF 2.0: Tiga delegasi Malaysia kembali ke tanah air selepas kapal rosak
Dari kondominium ke Penjara Kajang
Kes yang menggemparkan negara ini berlaku antara Februari hingga Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju. Pada 3 Mei 2023, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun, bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan cagaran RM5,000, serta 200 jam khidmat masyarakat.
Sejak dua tahun lalu, Siti Bainun meringkuk di Penjara Kajang selepas permohonan menangguhkan hukuman ditolak. Rayuan di Mahkamah Tinggi pada Mei tahun lalu juga gagal, menjadikan keputusan hari ini sebagai noktah kepada semua usaha pembelaannya.
Sumber: Malaysia Gazette




