Anzalna raih pujian, bantu keluarga rider viral tukar pampers anak atas motosikal | The Reporter

Anzalna raih pujian, bantu keluarga rider viral tukar pampers anak atas motosikal

Gambar tular seorang rider menukar lampin anak atas motosikal.
Gambar tular di media sosial sebelum ini meraih perhatian Anzalna.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Selebriti terkenal, Anzalna Nasir tampil berkongsi kisah menyentuh hati selepas berpeluang melawat sendiri seorang penghantar makanan yang sebelum ini tular kerana menukar lampin anak atas motosikal.

Menurut Anzalna, kunjungan tersebut memberi peluang untuknya menyelami sendiri kehidupan keluarga berkenaan yang disifatkan cukup merendah diri dan tabah menghadapi dugaan hidup.

“Minggu lepas saya sempat melawat abang Grab yang viral sebab tukar lampin baby atas motor. Bila tanya apa keperluan mereka buat masa sekarang, abang tu cuma minta diapers jenama Drypers dan susu Dutch Lady untuk anak-anak,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Kata Anzalna lagi, keluarga berkenaan sangat peramah dan menyambut kedatangannya dengan baik

“Dia dan isteri sangat peramah. Mereka malu nak ajak saya masuk rumah sebab rumah tak berapa terurus, tapi sejujurnya saya langsung tak kisah. Bila tengok keadaan mereka, siapa kita nak menilai, kan?” katanya.

Baca juga:
Anzalna memuat naik info lanjut mengenai rider berkenaan

Lebih menyayat hati, isteri kepada abang penghantar makanan itu rupa-rupanya seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dan pasangan tersebut mempunyai beberapa orang anak kecil, termasuk seorang bayi berusia dua bulan.

Anzalna turut memaklumkan bahawa meskipun kisah mereka pernah mendapat perhatian ramai, namun bantuan yang diterima masih belum mencukupi.

“Sejak kisah mereka tular, tak banyak pun bantuan yang mereka terima. Saya harap lepas perkongsian ni, akan ada lebih ramai yang sudi hulur bantuan. Mereka betul-betul perlukan sokongan kita,” katanya.

Perkongsian ikhlas daripada Anzalna itu turut mendapat reaksi positif warganet yang memuji keprihatinan.

Related Posts