KWSP bakal ada pencen bulanan? | The Reporter

KWSP bakal ada pencen bulanan?

Papan tanda KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) di hadapan bangunan pejabat dengan logo dan tulisan KWSP | EPF yang jelas.
Kerajaan pertimbang mekanisme baharu pencen bulanan menerusi KWSP seperti yang dibentangkan dalam RMK13.
Kerajaan rancang mekanisme dua komponen lindungi nasib pencarum selepas bersara

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kerajaan bercadang memperkenalkan satu mekanisme baharu yang berpotensi mengubah sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan membahagikan caruman kepada dua komponen – simpanan persaraan dan pencen bulanan selepas bersara.

Cadangan ini terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang diterbitkan oleh Kementerian Ekonomi, sebagai langkah memastikan rakyat memiliki pendapatan tetap selepas tamat tempoh bekerja.

“Melalui usaha ini, golongan pekerja akan dapat mengeluarkan sebahagian daripada simpanan, di samping menerima pencen bulanan pada umur persaraan,” menurut laporan tersebut.

Langkah ini dilihat penting selepas kebanyakan pencarum hanya mampu bertahan beberapa tahun selepas bersara akibat simpanan yang tidak mencukupi.

Baca juga:

Perlindungan pekerja gig dan rawatan pasca kemalangan turut diberi tumpuan

RMK13 turut menekankan keperluan memperkukuh jaringan perlindungan sosial, bukan hanya untuk pekerja tetap, tetapi juga sektor gig yang semakin besar. Perundangan khusus akan digubal bagi menjamin hak pekerja gig bekerja dalam suasana yang selamat, sihat dan kondusif.

Selain itu, perlindungan pekerjaan akan diperluaskan kepada insiden luar waktu dan luar skop kerja. Perkhidmatan rehabilitasi oleh PERKESO juga akan dipertingkat bagi membolehkan pekerja pulih dan kembali bekerja selepas mengalami kemalangan.

Usaha ini mencerminkan pendekatan baharu kerajaan dalam menjamin kesejahteraan tenaga kerja masa hadapan yang lebih mampan dan menyeluruh.

Sumber: Berita Harian

Related Posts