Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tan Sri Annuar Musa menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, campur tangan dalam konflik Thailand-Kemboja sebagai satu langkah tepat yang perlu disokong dan tidak dipolitikkan secara negatif.
Katanya, usaha mendamaikan negara jiran bukan sekadar pilihan, tetapi satu kewajipan kerana Malaysia kini mempengerusikan ASEAN.
“Damai adalah asas penting kepada kemakmuran rantau ASEAN. Dalam suasana geo-politik global yang rapuh, sebarang konflik ketenteraan harus dielakkan agar rantau ini tidak menjadi medan campur tangan kuasa luar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Annuar turut berdoa agar gencatan senjata ini membawa kepada rundingan yang lebih besar demi keamanan jangka panjang seluruh ASEAN.
Baca juga:
- ‘Saya menentang mana-mana kerajaan tebuk atap’ – Dr Akmal Saleh
- Sim gesa BN Negeri Sembilan hormati objektif penubuhan Kerajaan Perpaduan
- PN Negeri Sembilan sedia bekerjasama dengan BN
Ramai netizen setuju, sindir sikap Ahli Parlimen Pasir Mas
Kenyataan Annuar itu menerima pujian ramai warganet yang menyifatkan beliau sebagai contoh pemimpin pembangkang yang matang dan bersikap negarawan.
Ada yang menyatakan bahawa pendekatan seperti ini menunjukkan kestabilan politik boleh dicapai apabila pembangkang turut menyokong perkara yang baik.
Beberapa pengguna media sosial turut menyindir sikap segelintir pemimpin PAS, khususnya Ahli Parlimen Pasir Mas, yang dilihat memperlekeh usaha perdamaian ini dengan sindiran tidak berhemah. Mereka menyarankan Annuar lebih layak menjadi jurucakap parti yang membawa suara seimbang dan beradab.
Sumber: Facebook Annuar Musa











