Kecewa isu Kampung Sungai Baru tak selesai, Rafidah lantang desak Anwar turun | The Reporter

Kecewa isu Kampung Sungai Baru tak selesai, Rafidah lantang desak Anwar turun

Rafidah Ibrahim berucap lantang di pentas himpunan sambil memegang mikrofon, dikelilingi penyokong.
Rafidah Ibrahim menghangatkan suasana himpunan Turun Anwar dengan ucapan penuh semangat membela nasib penduduk Kampung Sungai Baru. | Kredit gambar: Free Malaysia Today, FB Shafiq Amirullah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Di perhimpunan ‘Turun Anwar’ semalam yang disertai kira-kira 18,000 orang, kehadiran pelakon, Rafidah Ibrahim, menarik perhatian ramai apabila menyuarakan rasa kecewa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu yang belum selesai membabitkan penduduk Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya yang penuh emosi, Rafidah mempersoalkan komitmen kerajaan terhadap nasib rakyat, khususnya golongan Melayu-Islam yang berhadapan pengambilan tanah yang masih dalam proses mahkamah.

“Anwar tidak membela nasib bangsa dia, seagama dengan dia, macam mana nak membela nasib semua rakyat Malaysia? Betul?!”

“Jadi sebulat suara, kita setuju Anwar turun?! Turun Anwar!”

@utusanonline

“Anwar tidak membela nasib orang Melayu”- Rafidah Ibrahim

♬ original sound – Utusan Malaysia – Utusan Malaysia

Baca juga:

“Pemimpin Melayu-Islam bacul” – Rafidah ulang kecaman keras

Kritikan Rafidah bukan pertama kali ditujukan kepada pemimpin negara. Sebelum ini, beliau secara terbuka menyelar pemimpin Melayu-Islam yang menurutnya membisu dan tidak mempertahankan penduduk asal Kampung Sungai Baru yang mendakwa teraniaya.

“Saya doakan Allah laknat orang Melayu yang senyap, tak bersuara langsung tentang isu ini, walaupun tahu kebenarannya!”

Dalam himpunan semalam, Rafidah terus mempertegaskan kekecewaannya.

“Bila lagi dia nak turun? Secepat mungkin! Betul?! Pemimpin Melayu hari ini, pemimpin Islam hari ini semuanya bacul. Setuju tak?!”

Penduduk tuntut keadilan, kerajaan digesa lebih prihatin

Isu Kampung Sungai Baru melibatkan lebih 200 keluarga yang menolak pengambilan tanah mereka dengan pampasan yang didakwa jauh lebih rendah daripada nilai pasaran. Penduduk turut mempertahankan kawasan itu sebagai tanah Malay Agricultural Settlement (MAS) yang sepatutnya kekal sebagai warisan orang Melayu.

Walaupun projek pembangunan semula kawasan tersebut telah dimulakan semasa era pentadbiran terdahulu, penduduk beranggapan kerajaan kini perlu bertindak lebih adil dan berhati-hati, khususnya apabila kes ini masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Sumber: TikTok Utusan Malaysia

Related Posts