Kanak-kanak lelaki dipuji, tetap solat walau hanya beralaskan jalan tar | The Reporter

Kanak-kanak lelaki dipuji, tetap solat walau hanya beralaskan jalan tar

Kanak-kanak lelaki solat beralaskan jalan tar.
Gambar: Thread Nuraizaa Mokhtar.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu momen yang cukup menyentuh hati telah dikongsikan seorang wanita apabila secara tidak sengaja terlihat sekumpulan kanak-kanak lelaki menunaikan solat Jumaat hingga ke luar surau, duduk beralaskan jalan tar panas demi menyempurnakan tuntutan ibadah, Solat Jumaat.

Menerusi perkongsian wanita itu, dia terhenti seketika ketika melalui sebuah surau di kawasan Sungai Buloh, dan mengakui rasa hatinya ‘tertampar’ melihat keikhlasan anak-anak kecil itu yang tetap menunaikan solat walaupun tiada ruang berbumbung untuk mereka.

“Akak lalu tepi surau dan terkejut sangat-sangat. Rasa tertampar hati ni.. Solat tak kira di mana…,” luahnya.

Baca juga:

Tambahnya, apa yang paling menyentuh perasaan adalah apabila melihat kanak-kanak duduk antara dua sujud di atas jalan tar, dalam keadaan khusyuk walaupun hanya beralaskan jalan tar.

“Tengok adik duduk antara dua sujud macam ni rasa ngilu.. Tapi adik solat macam biasa… Surau penuh…,” katanya.

Rata-rata netizen mengagumi sikap kanak-kanak itu dan memuji didikan ibu bapa mereka dalam menerapkan kepentingan solat sejak usia muda.

Sumber: Thread Nuraizaamokhtar

Related Posts