Disembunyikan dalam 4 bagasi
Enam warga Malaysia ditahan di Terminal Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh selepas disyaki cuba menyeludup hampir 62 kilogram ganja ke London, United Kingdom.
Menurut kenyataan rasmi Jabatan Anti-Narkotik Ibu Pejabat Polis Kebangsaan Kemboja, semua suspek ditahan dalam operasi khas pada 16 Julai 2025. Ketika ditahan, pihak berkuasa merampas sejumlah 61,876 gram ganja yang disorok dalam empat bagasi, dipercayai untuk dibawa dari Phnom Penh ke Hong Kong dan seterusnya ke London.
Baca juga:
- LRT3 Shah Alam: Sultan Selangor zahir penghargaan kepada Najib dan Anwar
- Hilang sebelah kaki bukan penghalang, dua beradik gigih usahakan Cendol Meleleh
- ‘Dulu BN buat, dilabel macam-macam, sekarang tukar nama je’ – Wee Ka Siong
Identiti suspek didedahkan
Lapor Khmer Time, enam rakyat Malaysia yang ditahan dikenal pasti sebagai Mohamad Noridzwin bin Nordin (37), Foo Weng Wah (47), Muhammad Haflzsyahmi (28), Mohd Rahman bin Khalid (34), Wong Kien Fatt (71) dan Nik Fairul bin Jusoh (31).
Jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Mahkamah Wilayah Phnom Penh memaklumkan, semua suspek telah didakwa di bawah Artikel 40 Akta Kawalan Dadah Kemboja atas kesalahan membawa dadah secara haram.
Siasatan lanjut masih berjalan
Pihak berkuasa Kemboja turut memaklumkan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti rakan subahat lain yang mungkin terlibat dalam cubaan penyeludupan dadah ini.
Sumber: Khmer Times








