Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Nabila “Bella” Razman, anak kepada usahawan kontroversi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, mengesahkan dia telah berhenti kerja sebagai pramugari di Singapore Airlines selepas hanya sebulan.
Dalam kenyataan penuh emosinya di Instagram, Bella menafikan dakwaan dia gagal dalam temuduga atau dipecat, malah memberi amaran keras kepada individu yang menyebarkan fitnah terhadapnya.
“Kalau bukan sebab company policy, aku dah post surat resign lama dah”
Bella menjelaskan dia meletak jawatan kerana keluarganya memerlukan dia di rumah, selain mengakui sukar untuk menguruskan semuanya memandangkan itu adalah pekerjaan pertamanya. Menjawab dakwaan kononnya dia tak pernah diterima bekerja, Bella menulis:
“Bro.. I rented a place there. What do you mean I haven’t gotten the job?? Kalau bukan sebab company policy, I would’ve already posted my resignation letter.”
Baca juga:
- Dr Izzar tegur tindakan Nadzmi Adhwa
- ‘Saya tak pernah larikan diri’ – Namewee
- Komen Syed Saddiq tenangkan peminat, khabar angin BASS reda
Katanya lagi, dia telah menandatangani perjanjian dan tidak dibenarkan berkongsi gambar berpakaian seragam atau memuat naik sebarang kemas kini sepanjang tempoh perkhidmatan.
“Takkan aku nak kena saman hanya untuk puaskan hati orang bebal”
Bella juga menyelar permintaan segelintir netizen yang mahu dia buktikan dirinya memang bertugas dengan memuat naik gambar berpakaian uniform.
“Boleh je, tapi kau bayarkan saman aku boleh? I have signed the agreement & everything. Takkan aku nak kena saman hanya untuk puaskan hati sesetengah orang yang bangang, bebal, otak cetek.”
Menutup kenyataannya, Bella meluahkan rasa kecewa terhadap mereka yang menyebarkan fitnah dan berikrar tidak akan memaafkan mereka:
“Alhamdulillah, pahala free. I takkan maafkan sesiapa yang fitnah tu sampai bila-bila.”

Sumber: Instagram Nabila








