Aliff Syukri akan buat pengumuman rasmi Jumaat ini | The Reporter

Aliff Syukri akan buat pengumuman rasmi Jumaat ini

Aliff Syukri berada di dalam jet peribadi yang didakwa dibeli hasil jualan produk jeruk mangga.
Tangkap layar video Aliff Syukri berada di dalam jet peribadi yang didakwa hasil jualan jeruk mangga.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, memaklumkan akan membuat pengumuman rasmi berhubung pembelian jet peribadi mewah yang tular baru-baru ini, pada Jumaat ini.

Menurut Aliff, dia memilih untuk berdiam diri buat masa ini kerana isu berkenaan melibatkan banyak pihak dan berpotensi memberi kesan sampingan sekiranya terlalu awal didedahkan.

“Sebenarnya kalau cakap nanti orang kata saya riak. Kalau beritahu, nanti LHDN kejar pula. Jadi saya ambil keputusan untuk umumkan pada hari Jumaat nanti.

“Perkara ini besar sebab melibatkan nilai jutaan ringgit dan ramai orang. Doakan yang baik-baik sahaja.

“Bila lihat orang ada sesuatu, takut ada penyakit ain, jadi tunggu hari Jumaat sahaja. Sekarang saya tak keluarkan apa-apa kenyataan lagi, tunggu hari Jumaat,” katanya.

Aliff menegaskan, video yang dimuat naik di media sosial sebelum ini bukanlah satu gimik, sebaliknya mencerminkan impian yang dipendam sejak sekian lama.

“Jet peribadi ini memang impian saya. Bila video itu tular, saya sendiri terkejut. Niat saya hanya nak berkongsi kisah hidup.

“Tapi untuk tahu sama ada jet itu benar atau tidak milik saya, tunggu sahaja hari Jumaat. Benda ini besar, bukan harga murah.

“Ini adalah bisnes dan perkara besar. Ramai orang salah tafsir dan cakap saya macam-macam,” ujarnya.

Tambah bapa enam anak itu, kejayaan dalam perniagaan jeruk mangga harumanis yang diusahakan bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan, telah memberi impak luar biasa.

Baca juga:
Aliff Syukri bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan

“Sejujurnya saya jual jeruk mangga ini secara kecil-kecilan, tak ada pun niat nak tunjuk hasil jualan itu saya dapat beli jet. Saya teruja kerana macam mana jualan jeruk itu boleh dapat jutaan ringgit.

“Bukan senang kerana saya hanya berniaga secara dalam talian dan orang memandang rendah kerana jualan begini orang kampung sahaja.

“Saya ucap terima kasih kepada semua yang menyokong saya kerana jualan ini sudah kumpul jutaan ringgit. Walaupun sekadar jeruk, tapi ini sungguh bermakna,” jelasnya.

Terdahulu, menerusi Instagram, Aliff memuat naik video menunjukkan dia bersama isteri dan anak menaiki jet peribadi berwarna hitam yang dikatakan miliknya.

Sumber: Kosmo

Related Posts