PM akui tindakan Mahathir lepaskan Batu Puteh kepada Singapura terlalu mudah
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kabinet tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu penyerahan Pulau Batu Puteh kepada Singapura atas faktor usia bekas Perdana Menteri itu yang hampir mencecah 100 tahun.
Namun begitu, Anwar tetap menyifatkan keputusan pentadbiran Mahathir pada 2018 sebagai kesalahan besar kerana secara sepihak menarik balik semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tanpa perbincangan menyeluruh.
“Apakah beliau tidak salah? Beliau salah. Apakah perlu ambil tindakan? Saya di Jemaah Menteri, saya bersetuju jangan ambil tindakan.
“Jika ambil tindakan, Kota Bharu (merujuk Datuk Seri Takiyuddin Hassan) yang akan jerit kata kita tidak adil tapi saya tanpa membabitkan soal ini kerana usianya sudah 100 tahun.
“Salah besar dalam hal ini tetapi kita tak payahlah teruskan,” katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Baca juga:
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
- Sanusi tegas tolak Langkawi jadi Wilayah Persekutuan
- Gara-Gara hutang, pelajar 13 Tahun cedera dipukul sekumpulan remaja di Pekan
Isu maritim Laut Sulawesi tidak boleh ulang kesilapan sama
Anwar turut menegaskan kerajaan tidak mahu kesilapan sama berulang dalam isu tuntutan sempadan maritim antara Malaysia dan Indonesia di Laut Sulawesi, khususnya melibatkan Blok ND6 dan ND7.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengenai kemungkinan keputusan ICJ berhubung Ligitan dan Sipadan pada 2002 mempengaruhi sempadan maritim negara.
Anwar juga membidas sikap berdiam diri pembangkang dalam isu Pulau Batu Puteh yang menurutnya melibatkan maruah negara dan rakyat Johor.
“Pulau Batu Putih itu, penyerahannya terlalu mudah… Ini soal maruah. Kenapa double standard dalam hal ini?” katanya.
Sumber: Harian Metro








