Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan penghargaan buat rakyat Malaysia pada pagi esok.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, pengumuman berkenaan akan dibuat pada jam 10.30 pagi.
“YAB Perdana Menteri akan membuat pengumuman berkenaan penghargaan buat semua rakyat Malaysia pada 10.30 pagi, Rabu 23 Julai 2025. Nantikan,” katanya.
Baca juga:
- Pramugara Hafeez Albukhary meninggal dunia
- Albert Tei pertimbang sertai PRN Negeri Sembilan, sasar kerusi Anthony Loke
- MEF sedia tawarkan pekerjaan sektor 3D kepada pelarian Rohingya
Sebelum ini, Anwar memaklumkan akan membuat satu pengumuman satu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.
Pengumuman itu membuatkan rakyat Malaysia tertunggu-tunggu apakah khabar yang ingin disampaikan.
Bagaimanapun, Anwar memaklumkan beliau memerlukan sedikit masa untuk diteliti sebelum dimuktamadkan.
“Keresahan ini memerlukan saya pertimbangkan perubahan dan pengumuman yang perlu dibuat bagi meredakan tuntutan mereka.
“Saya sudah nyatakan dalam sehari dua ini, saya perlu buat pengumuman sama ada dalam bentuk langkah tambahan atau sebagainya, tetapi ia perlukan sedikit masa untuk diteliti dengan sebaiknya,” katanya.








