Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Beberapa hari lalu, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Prince Syed mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik hantaran video sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-33.
Majlis mewah bertemakan Indian Style itu bukan sahaja meriah, malah mengejutkan netizen apabila dikatakan kek emas 916 yang disediakan bernilai RM200,000. Isterinya turut mencuri perhatian apabila tampil memperagakan perhiasan emas dan berlian yang dianggarkan bernilai hampir RM2 juta.
Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
Namun, menerusi hantaran terbaharu di media sosial, Prince Syed memaklumkan beliau telah membuat beberapa laporan polis susulan kejadian kecurian barang kemas miliknya serta gangguan terhadap privasi peribadi.
“Laporan polis terus dibuat. Hari ini kita buat tiga dulu, kerana kes kecurian barang kemas saya dan kemudian privasi saya diganggu. Kes hasutan terhadap perniagaan saya dan isteri serta banyak sebab lain,” tulisnya.
Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa lagi laporan akan menyusul untuk tujuan tindakan undang-undang.
“Esok nak kena buat makeup untuk customer, lepas tu kita sambung buat report untuk tujuan saman ramai individu yang terlibat dan macam-macam lagi isu yang saya tak boleh beritahu di sini atas faktor keselamatan,” katanya.
Menerusi ruangan komen, Syed memaklumkan individu yang terlibat dalam kes kecurian itu merupakan orang dalam yang berada di rumahnya sendiri.











